CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1943|Reply: 0

[Sabah] Aktiviti membersihkan tanah perkuburan perlu diberikan sokongan

[Copy link]
Post time 28-2-2024 06:40 PM | Show all posts |Read mode


KERJASAMA: Anil (dua kiri) ketika turun bergotong-royong membersihkan tanah perkuburan.

KUNAK: Inisiatif badan bukan kerajaan (NGO) Pemuda Kampung Lormalong membersihkan tanah perkuburan perlu dipuji dan diberikan sokongan padu oleh semua pihak.

Ketua Pemuda UMNO Lahad Datu Datuk Seri Dr Anil Sandhu berkata, aktiviti membersihkan tanah perkuburan adalah amalan yang sangat mulia.

Katanya, golongan muda perlu diberikan pendedahan dengan aktiviti sosial sebegini supaya dapat memberi kesedaran tentang kepentingan hidup bermasyarakat.

“Saya difahamkan aktiviti membersihkan Tanah Perkuburan Islam Lormalong Kunak oleh pemuda kampung ini kerap dilakukan terutamanya pada hari Jumaat.

“Justeru, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada golongan muda kampung di sini kerana menjadikan aktiviti sebahagian rutin mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bergotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Lormalong, di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, sudah menjadi rutin bagi masyarakat Islam mengunjungi pusara keluarga tersayang pada bulan ini khususnya menjelang bulan Ramadan.

“Saya menyeru kepada semua masyarakat terutamanya golongan muda supaya mengambil bahagian sekiranya diadakan aktiviti gotong-royong membersihkan tanah perkuburan seperti ini.

“Sebagai pemimpin di peringkat Pemuda UMNO di daerah ini akan sentiasa menyokong dan mendokong semua aktiviti yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.064040 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list