CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2720|Reply: 0

[Johor] Misteri 4 sungai tercemar, siapa dalangnya?

[Copy link]
Post time 28-2-2024 04:00 PM | Show all posts |Read mode

Dr Mohd Famey Yusoff

Pasir Gudang: Empat sungai di daerah ini yang dikesan tercemar pada tahap tiga dan empat dipercayai bukanlah berpunca aktiviti pencemaran baharu dilakukan pihak industri di kawasan itu.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor, Dr Mohd Famey Yusoff berkata, kebanyakan pihak industri di kawasan berkenaan didapati mematuhi peraturan ditetapkan dan tidak membuang sisa tercemar ke sungai.

Beliau berkata, JAS tidak boleh leka dan perlu menjalankan rutin penguatkuasaan secara berkala supaya aktiviti pencemaran itu tidak terlepas pandang.

"Empat sungai yang dikesan tercemar di kawasan Pasir Gudang itu sudah lama tercemar, tidak boleh dipastikan ia berlaku disebabkan aktiviti pencemaran yang baharu oleh aktiviti industri berhampiran.



"Kita memang ada teknik dan cara kita sendiri, jika betul ada pelepasan bahan tercemar di dalam sungai, kita boleh kesan dari mana puncanya.

"Berdasarkan pemantauan dan penguatkuasaan yang diadakan setakat ini, kita mendapati aktiviti di kawasan perindustrian ini terkawal. JAS juga tidak mengesan sesuatu yang luar biasa, jika ada kita akan ambil tindakan tegas," katanya tadi.

Famey berkata, JAS akan terus menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan khususnya membabitkan kilang yang berpotensi dan berisiko tinggi menyumbang kepada pencemaran.

Beliau berkata, JAS cawangan Pasir Gudang yang khasnya diwujudkan untuk memantau keadaan dan perkembangan semasa aktiviti industri di kawasan perindustrian itu daripada semasa ke semasa.

"Disebabkan pengawasan berkala yang dilakukan, kita lihat punca (pencemaran) yang masuk ke dalam sungai itu sudah kita kawal dan ia sudah berkurangan.

"Oleh itu kita harap sungai yang tercemar ini akan ambil sedikit masa untuk 'self cleaning', oleh itu kita akan pastikan tidak ada pencemaran baharu yang berlaku," ujarnya.

Kelmarin, media melaporkan empat sungai di sekitar kawasan perindustrian Pasir Gudang dikesan dalam keadaan tercemar dan berada dalam tahap yang membimbangkan.

Ia membabitkan Sungai Tukang Batu, Sungai Perembi, Sungai Buluh dan Sungai Kim Kim yang terletak di dalam kawasan perindustrian tersebut.

Orang ramai adalah digalakkan menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke aduan_k@doe.gov.my atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mar-siapa-dalangnya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.627863 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list