CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4742|Reply: 27

[Tempatan] Trauma menyebabkan masih ramai pilih hidup membujang - Pakar

  [Copy link]
Post time 27-2-2024 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Keluarga dan rakan terdekat dinasihatkan supaya tidak memberi tekanan kepada mereka yang masih membujang kerana setiap orang mempunyai jalan hidup yang berbeza. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Perbincangan mengenai isu perkahwinan dalam konteks masa kini lazimnya akan mengundang pelbagai pendapat dan pandangan yang berbeza.

Ketika ramai anak muda memilih menamatkan zaman bujang dengan menikahi pasangan masing-masing, tidak kurang juga sebilangan besar golongan itu yang memilih untuk bersendirian - enggan mempunyai komitmen rumah tangga.

Jika mahu disenaraikan, ada banyak alasan yang sering diberikan orang bujang jika ditanya mengapa gentar untuk memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri.


Lazimnya, alasan yang sangat popular ialah faktor ekonomi yang belum stabil.
Namun begitu, terdapat juga faktor lain yang menjadi penyumbang kepada sebab kenapa golongan muda memilih untuk tidak berkahwin.

Menurut Profesor Jabatan Psikologi dan Kaunseling UPSI, Prof Dr Mohd Aziz, selain daripada faktor peribadi atau memikirkan soal ekonomi yang semakin mencabar, antara sebab mereka memilih untuk hidup tanpa pasangan adalah disebabkan trauma yang pernah dialami oleh keluarga dan rakan terdekat.

Beliau berkata, pengalaman kegagalan orang terdekat dalam perkahwinan menyebabkan segelintir anak muda gentar hal itu berlaku pada mereka.

"Ada orang tak nak berkahwin (sebab) ada unsur fobia, trauma, melihat ibu bapanya cerai, suadara mara hubungan tak harmoni ini menyebabkan dia takut untuk berkawin.

"Mereka tidak mahu berkahwin, kerana takut keluarga yang dibina akan menjadi sebegitu akibat daripada fobia dan traumatik menyebabkan mereka tidak boleh jalinkan hubungan yang baik kearah perkahwinan," katanya dalam wawancara bersama program AWANI Pagi, hari ini.
Namun, kata Prof Aziz, atau lebih dikenali sebagai Pros Mas Positive di laman media sosialnya, mereka yang terdedah kepada keadaan ini boleh mendapatkan rawatan psikologi melalui kaunseling dan terapi.

Tambahnya lagi, keluarga dan rakan terdekat juga dinasihatkan supaya tidak memberi tekanan kepada mereka yang masih membujang kerana setiap orang mempunyai jalan hidup yang berbeza.

"Jika ditanya soalan sama berulang kali, ia akan menyebabkan keadaan tidak selesa lalu akan menjauhkan diri dari keadaan daripada ibu bapa ataupun keluarga,
"Kita hanya perlu beri sokongan dengan memahami situasi itu, bukan dia tidak mahu kahwin tetapi belum masanya lagi," tambahnya.
Justeru, nasihat beliau kepada mereka yang masih bujang, supaya sentiasa mencari kebahagiaan melalui apa sahaja cara.

Jika perkahwinan adalah salah satu jalannya, mereka perlu bersandar pada realiti dalam mencari pasangan dan tidak terlalu terpengaruh dengan situasi pasangan lain yang dipaparkan di media sosial.
"Media sosial turut memainkan peranan, kebahagiaan yang sering dipaparkan hanyalah 'drama' dan 'filem'.
"Realiti sebenar tidak begitu, jika berlaku sesuatu konflik dan krisis, individu terbabit akan kecewa kerana apa yang disangka berbeza dengan dipamerkan.

"Kita perlu turunkan standard, drama dan cerita orang berbeza, apa yang penting untuk berdamai dengan diri sendiri kerana setiap orang mempunyai kebahagiaan berbeza," kongsinya lagi.

Terdahulu terdapat sebuah laporan mendedahkan Malaysia berada di tempat ketiga dalam kalangan negara Asia Tenggara yang mempunyai paling ramai individu yang masih belum berkahwin.

Dapatan itu berdasarkan kaji selidik SEAAsia Stats, yang melaporkan bahawa Malaysia mempunyai sebanyak 44.68 peratus individu bujang.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2024 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Trauma yg melanda...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2024 11:25 AM | Show all posts

knp pulak ni....
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2024 11:48 AM | Show all posts

menikam2 jiwa


Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2024 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 28-2-2024 11:48 AM
menikam2 jiwa

Selemah ku lemah
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2024 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Trauma2 pun umur sebelum 18thn dah pakat hilang dara blaka..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2024 11:58 AM | Show all posts
Makcik pakcik tak payah sibuk tanya bila nak kawen, bila nak tambah anak.

Kalau time raya, baru maaf2 salam peluk cium dah buat dosa menyakitkan hati orang.

Dan tak payahla nak justify peel menyibuk & tanya benda2 yang orang tak selesa tu sebagai nak buat modal berborak.
Banyak lagi topic atas muka bumi ni boleh diborak.

Dah tak ada benda nak diborakkan, diam lagi baik. Sumbat je mulut tu dengan ketupat.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2024 12:00 PM | Show all posts
Kalau mak apak yang ada anak2 lingkungan umur kawen pun tak lepas jugak dari soalan2 bodoh invading privacy ni:

bila nak terima menantu?

Begitulah kalau pemikiran sempit tak boleh pikir benda2 yang lebih neutral untuk diborakkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2024 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Trauma la tgk kos hidup skang
Nak kene membela lak anak org bagai .tu blom lg kena la hulur2 duit kat mak mertua bagai..kalo x nanti kene cerca bagai kedekut la
Pastu kos nk makan2, travel, sume kene extra
Kene kerja lebih utk dpt duit extra...penat
So baik la remain single je
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2024 12:02 PM | Show all posts
Sebab tu budak2 yang belum jumpa jodoh, pasangan yang belum dikurnia anak, dorang ni malas nak jumpa makcik pakcik yang rasa entitled nak tanya soalan2 sensitip macam tu.

Bukan sebab dorang sensitip sangat, tapi memang soalan2 cam tu menjengkelkan, tambah2 kalau diiring dengan pandangan sinis, gelak2 perli, komen2 membanding2kan dengan anak orang lain.

Makcik pegi masuk kubur ajelah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2024 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 27-2-2024 11:47 PM
Trauma yg melanda...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2024 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Takut iols bila tua nanti. Hopefully i mobile smpi ke hujung hayat. X sanggup susahkan org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2024 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
trauma jugek
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2024 12:10 PM | Show all posts
mojarean_X replied at 28-2-2024 04:05 AM
Takut iols bila tua nanti. Hopefully i mobile smpi ke hujung hayat. X sanggup susahkan org lain.

Kalau kawen dapat anak 7-8 orang pun belum tentu ada sorang yang akan jaga kita bila kita tua.

Sebab tu kalau boleh biar ada kudrat nak independent living walaupun dah jadi super warga emas.

Tak pun kumpul duit & check in kat retirement home atau pondok2 moden untuk senior citizens, dah tentu2 ada misi tolong jaga kita
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2024 12:11 PM | Show all posts
andartu forever
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2024 12:14 PM | Show all posts
tak tau trauma tu ape....hahaha alih2 terfikir ehh lom berumah tangga lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2024 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
sufi^_^ replied at 28-2-2024 12:02 PM
Sebab tu budak2 yang belum jumpa jodoh, pasangan yang belum dikurnia anak, dorang ni malas nak jumpa ...

mak i dh strt suruh kawen dh..nsb makcik pakcik xtnya lg
tp bila i tnya u ok tak i nk kawen laki umo 57..dia xbg pulek..dia ckp tua sgt baya bapak i
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2024 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
trauma apa nya??
kita ok je hidup single. elok je jaga emak.
org yg sibuk suh kawin tu.. hidup pun merempat.. anak² tk peduli.. mak bpk sakit pun call kita plak suh bwk ke hospital.
cuma kita kira bernasib baik sbb hidup sederhana. tkde nunjuk² mewah ke camne.. kalo tak.. ada je yg ndak amik kesempatan.
tp jd andartu mmg leceh bila nk terawih kat masjid. mulut acik² mengata² kot kita nk ushar laki dia org.. tk koser la weii hadap sgt org tua kertu. ko simpan je laki ko bwh katil
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2024 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
adik iols kata dia takde trauma ke apa sume cuma malas nak pening kepala mahal sgt kos berkeluarga, baik dok sorg2 enjoy the life travel sana sini. kan dpt bini serba nak branded head to toe mampuih nak bela

iols tgk org2 sekeliling yg tak nikoh lagi elok je takde zikir meratib nak nikoh nak anak pelbagai. org yg tgk derang plak merempan tak habis2 nape tak kawen2 lg.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2024 01:47 PM | Show all posts
tak trauma pun. cuma fikir secara rasional dgn mengambil pengajaran dr kes2 yg dok terpapar di media massa dan di sekeliling. plus jodoh blm sampai
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.094772 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list