CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2513|Reply: 0

[Kedah] Lelaki lakukan khianat api direman

[Copy link]
Post time 27-2-2024 03:57 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar menunjukkan orang ramai memberkas seorang lelaki yang disyaki melakukan khianat dengan api terhadap dua bengkel kereta dan motosikal mengakibatkan tujuh buah kereta dan 11 motosikal musnah dalam kebakaran di Taman Keladi di sini pagi kelmarin.

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki yang dipercayai menjadi punca kebakaran sebuah bengkel kereta dan motosikal hingga mengakibatkan tujuh buah kereta dan 11 motosikal musnah di Taman Keladi pagi kelmarin direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 29 Februari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda,Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, lelaki itu direman bagi membantu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 435 dan 427 Kanun Keseksaan.

“Lelaki terbabit yang ditahan semasa kejadian kebakaran itu oleh orang ramai sebelum ditangkap semula oleh pihak polis direman selepas perintah dikeluarkan Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini.

“Kita juga mengesyaki lelaki terbabit merupakan seorang penagih dadah dan kita sedang melakukan siasatan sebaik mendapat perintah tahanan reman itu,” katanya.

Terdahulu, akhbar melaporkan seorang lelaki mental dipercayai menjadi punca kebakaran itu pagi semalam.

Lelaki berumur dalam lingkungan 30’an itu ditahan oleh orang ramai di dalam sebuah kedai makan yang terletak bersebelahan bengkel terbabit kerana dilihat berkelakuan aneh dan gembira melihat api marak membakar kenderaan itu.

Soal siasat yang dijalankan oleh orang ramai kemudiannya menyebabkan lelaki yang mengalami masalah mental itu  mengaku melakukannya dan suspek kemudian diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.-KOSMO!ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... hianat-api-direman/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.064872 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list