CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2610|Reply: 0

[Kedah] Dua beranak ditahan disyaki guna dokumen palsu bekal minyak masak

[Copy link]
Post time 27-2-2024 01:58 PM | Show all posts |Read mode
Dua beranak ditahan disyaki guna dokumen palsu bekal minyak masak

27 Februari 2024 01:23pm







SPRM Kedah menahan dua lelaki selepas disyaki menggunakan dokumen palsu bagi tujuan pembekalan minyak masak empat tahun lepas. - Gambar hiasan




ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan dua lelaki selepas disyaki menggunakan dokumen palsu bagi tujuan pembekalan minyak masak empat tahun lepas.

Sumber SPRM memberitahu suspek merupakan bapa dan anak berusia 50-an dan 20-an dan mereka ditahan jam 7.30 malam semalam serta jam 10 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah di sini.



Menurut sumber, suspek disyaki menggunakan dokumen tuntutan bayaran yang mengandungi butir matan palsu bagi tujuan pembekalan minyak masak di sekitar Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, sedangkan bekalan tersebut tidak dilaksanakan.

"Kedua beranak ini disyaki menggunakan lesen syarikat tempat mereka bekerja untuk membuat tuntutan palsu subsidi minyak masak peket satu kilogram dari sebuah kementerian di antara Jun dan Julai 2020.



"Tuntutan tersebut mengandungi butir matan palsu bagi tujuan pembekalan minyak masak kepada premis peruncit dan pemborong di sekitar Kedah, Perlis dan Pulau Pinang," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Ahmad Nizam Ismail mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, bagaimanapun kedua-dua suspek telah dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan direkodkan. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 15560 Replies : 7
mana Fantasy Creation?
printercomelmana Fantasy Creation?
Views : 17821 Replies : 8
Ilisha Ameera in a photo series.
grUdgE-frEakIlisha Ameera in a photo series.
Views : 40323 Replies : 81
Saman terhadap kerajaan, KJ berkaitan kesan vaksin COVID-19 bermula
JoyahMengayahSaman terhadap kerajaan, KJ berkaitan ke
Views : 7710 Replies : 93
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 16474 Replies : 8
‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700 – Rakyat Malaysia Ini Tak Menyesal Jadikan Kereta Sebagai Rumah.Anda kehairanan?
YgBenar‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700
Views : 4580 Replies : 34
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 24002 Replies : 685
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 17238 Replies : 25
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33426 Replies : 92

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.656668 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list