CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18085|Reply: 186

[VIDEO] Saya tak nampak Aslam boleh berpoligami – Abby Abadi

  [Copy link]
Post time 27-2-2024 01:46 PM | Show all posts |Read mode
[VIDEO] Saya tak nampak Aslam boleh berpoligami – Abby Abadi

https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... oligami-abby-abadi/

Oleh NUR EMIRA SAIZALI
27 Februari 2024, 12:15 pm

  



Pelakon Abby Abadi tidak menyangka anak, Marissa Dania Hakim yang ditatang bagai minyak yang penuh sanggup membelakangkan keluarga.

PETALING JAYA – “Dia (Aslam) tak boleh poligami, kurang berkemampuan.”

Itu antara yang diluahkan pelakon dan usawahan Abby Abadi mengenai dakwaan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim yang dikatakan sudah bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Abby menerusi video yang dimuat naik oleh usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri berkata, dia juga terkejut dengan perubahan pada diri Marissa yang dijaganya sejak kecil.

“Aslam bukan orang yang boleh berpoligami, saya tidak nampak perkara itu sebab dia kurang bekemampuan.

“Keluarga yang lain tidak tahu-menahu pun dia (Marissa) berhubung dengan lelaki sekarang ini.

“Demi Allah, Marissa sejak kecil memang dengan saya. Dia tidak seperti sekarang dan rasa ada sesuatu yang membuatkan anak saya berpusing 360 darjah, bukan dia,” katanya dalam video tersebut.

Respons tersebut diberikan Abby apabila diajukan pertanyaan sama ada dia akan menerima Aslam untuk berbaik atau tidak.

Dalam video sama, dia yang popular menerusi drama Gerak Khas juga mengakui tidak menyangka Marissa sanggup melakukan perkara di luar jangkaannya sekeluarga.

Abby bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci perkara yang dilakukan Marissa itu adalah mengenai pernikahan di Thailand atau sebaliknya.

“Benda itu di luar jangkaan saya dan bapanya sebab kami sudah sehabis baik menjaganya.

“Cuma saya tidak tahu mengapa sampai ke tahap itu dia boleh buat,” katanya lagi.

Bagaimanapun, temu bual berdurasi 46 saat itu ‘tergantung’ sebelum disambung dengan video promosi yang memaparkan Abby menjadi model tudung jenama milik Aliff iaitu AS Hijab.

Terdahulu, nama Marissa yang juga merupakan seorang model dan pempengaruh kembali hangat selepas didakwa telah berkahwin secara senyap di Thailand dengan Aslam yang merupakan lelaki berstatus suami orang.

Perkara itu seterusnya disahkan kakak ipar kepada Aslam dikenali sebagai Nadiah yang mengatakan Aslam sudah berkahwin dengan Marissa pada 27 Disember lalu di Songkhla, Thailand.

Pasangan berkenaan dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam, Misya Mazlan yang ketika itu menunaikan umrah.

Lebih dramatik, pernikahan tersebut juga berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa.

Bagaimanapun, sehingga hari ini Abby dan Norman masih kekal mengunci mulut tanpa mengesahkan atau menafikan pernikahan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2024 01:49 PM | Show all posts
aku bukannya selemah yang kau sangka
aku tak rela disiksa haaa..aa
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 01:52 PM | Show all posts
awal sangat masuk
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima jelah menantu mu. Xkan nak suruh bercerai lak. Apolaa makcik ni. Doakan baik2.

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
nak ckp selam guna guna anak ko ke
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
semua mak rasa anak dia baik lagi2 yg jenis dok bawah ketiak je tu. padahal kita tatau apa yg depa buat baru selangkah jauh dari makayah. takyah la koyya anak kita baik sgt, anak org lain mcm hantu.
miang anak tu maybe menurun dari makpak dia...oooopssss
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2024 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam tipu je cakap tak tahu menahu anak tu berhubungan ngn selam. Bukan ke waktu viral tahun lepas lg dh tahu anak tu kacau laki org. Siap dh jumpa family laki tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 02:10 PM | Show all posts
kalau ko tak terima, ada ke lelaki lain nak anak ko yang  telah ditebuk
jangan nak fitnah Aslam pakai jampi serapah pulak
sebab anak ko yang kemaruk kejar laki orang
it takes two to tango katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2024 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko jangan nak suruh Selam ceraikan Misya pulak. Keluarga terpaling jaga anak baik2, last2 nan hado
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko jangan nak salahkan dak Selam pulak. Resit check in tu bukan nama Markisah?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 02:24 PM | Show all posts
typical mak2 yg menangkn anak wlpun ko tau anak ko hauk..anak org je yg ko nmpk salah
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
..... sy percaya anak sy masih laku wpun janda sbb sy pernah melaluinya..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik yebbi..anak acik kt sebelah acik pun..kalau budak2 ni diberi telepon sematfon..acik ingt dia tak boleh berhubung dgn sesiapa kat luar ke?

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
abis tu nak suruh selam ceraikan 1st wife ke? so tak yah poligami
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 02:27 PM | Show all posts
typical mak2 menangkan anak...marisaa tu kat rumah lain kat luar lain..aaagitchew

tu lah si marisa ni cantik2, patut dapat orka melamar elok2 mcm si adik anjalna tu baru berbaloi jadi cantik..kakakakka
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 02:28 PM | Show all posts
dah tu pilihan anakmu yebbi, nak buat lagu mana lagi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2024 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 27-2-2024 02:02 PM
semua mak rasa anak dia baik lagi2 yg jenis dok bawah ketiak je tu. padahal kita tatau apa yg depa b ...

Betul..mcm kes budak hilang baru2 ni..pic yg mak bapak dia share lain..nmpk comot2 inesen

Skali ada pic yg free hair, posing2 manjah mcm gaya post kt socmed yg mak bapak xtau pun. .kalau dh ada pic cenggitu .mmg ghisau dia ikut mana2 lelaki

Cemana nk buat..kalau hormonal camni yach..iols kalau anak mak pak lain iols kasihan..tp kalau yebi ni mmg entahlah x kesian sbb dia punya perangai..anak dia je la yg terpaling baik..anak org lain je la jahat..netijen jahat .semua la dengki kt dia
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
cm_vungtau replied at 27-2-2024 02:20 PM
Ko jangan nak salahkan dak Selam pulak. Resit check in tu bukan nama Markisah?

Markisah diperdaya selam..dia baru 18 tahun .tak tau apa2 lagi..naif budaknya. Semua salah selam jantan tak guna

- acik porem peminis -
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 02:34 PM | Show all posts
blah laa bekyahh
anak kauuu je laa baikkk...terpalingg solehah...
ckp mcm selam tu xde mak bapak...

done bekap selam,
sbb selam herlok!
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak buat camna yebbi..anak mu yg gelenyar..siap check in hotel under nama dia sendri and aslam ckp dia yg ajak kawin...anak mu tuu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.911309 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list