CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1387|Reply: 0

EFL: Trofi paling istimewa buat Klopp

[Copy link]
Post time 27-2-2024 11:55 AM | Show all posts |Read mode

KLOPP (tengah) meraikan kejayaan menjuarai EFL bersama Van Dijk (empat dari kanan) yang turut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir di Wembley malam kelmarin. – AFP

LONDON – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menghamburkan pujian tinggi kepada barisan pemain mudanya kerana berjaya menjuarai Piala Liga Inggeris (EFL) menewaskan Chelsea 1-0 pada final di Stadium Wembley malam kelmarin.

Kejayaan itu menyaksikan Li­verpool mencipta rekod sebagai pemenang terbanyak EFL seba­nyak 10 kali selepas memena­nginya pada 1981, 1982, 1983, 1984, 1995, 2001, 2002, 2012 dan 2022.

The Reds menurunkan enam pemain muda seperti bek kanan berusia 20 tahun, Conor Bradley, Harvey Elliott (20), Bobby Clark (19), James McConnell (19), Jayden Danns (18) dan Jarell ­Quansah (21), tetapi masih berjaya menewaskan Chelsea.

Ia tamparan besar buat The Blues selepas ber­belanja lebih £1 bilion (RM6.05 bilion) sejak 2022, namun gagal menumbangkan Liverpool yang dihimpit masalah kecederaan.

The Reds turun tanpa bintang-bintang seperti Mohamed Salah, Trent Alexander-Arnold, Diogo Jota, Darwin Nunez, Alisson Becker dan Joel Matip sementara Ryan Gravenberch terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan.

Chelsea pula menurunkan pemain-pemain termahal mereka seperti Enzo Fernandez dan Moi­ses Caicedo yang masing-masing bernilai lebih £100 juta (RM604.78 juta), Raheem Sterling £50 juta (RM302.39 juta), Mykhailo Mudryk £88.5 juta (RM535.23 juta) dan Christopher Nkunku £52 juta (RM314.49 juta).

Disebabkan itu, Klopp, 56, menganggap trofi kali ini amat istimewa bagi kariernya selepas meraih lapan kejuaraan sepanjang sembilan tahunnya bersama Liverpool sebelum meninggalkan Anfield peng­hujung musim ini.

“Inilah trofi paling indah saya pernah menang dalam tempoh lebih 20 tahun saya sebagai jurulatih. Ia amat menakjubkan dan saya begitu berbangga ­dengan kejayaan ini. Satu pe­rasaan yang tidak mampu untuk menggambarkannya,” katanya.

Kini, Liverpool berpeluang memburu tiga lagi kejuaraan musim ini iaitu Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA dan Liga ­Europa bagi memberikan hadiah istimewa buat Klopp dengan gelaran pemenang quadruple sebelum meninggalkan mereka musim depan.

Sementara itu, kapten Li­verpool, Virgil Van Dijk yang menanduk masuk gol kemenangan pasukan pada penghujung tambahan masa, gembira dengan kejayaan mereka biarpun terpaksa mengharapkan sentuhan pemain-pemain muda.

“Mereka masih muda, tetapi anda boleh melihat keyakinan yang ditunjukkan dalam perlawanan ini. Kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang seimbang, namun kami yang berjaya memanfaatkannya.

“Saya sangat gembira kerana ini trofi pertama saya sebagai ­kapten Liverpool. Saya percaya kejayaan kami tidak akan terhenti di sini,” jelas tonggak pertahanan Belanda berusia 32 tahun itu. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... stimewa-buat-klopp/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.043271 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list