CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5214|Reply: 5

[Dunia] Bantah perang di Gaza: Tentera AS bakar diri di luar Kedutaan Israel di Washington bantah perang Gaza

  [Copy link]
Post time 26-2-2024 08:42 PM | Show all posts |Read mode
Tentera AS bakar diri di luar Kedutaan Israel di Washington bantah perang Gaza

https://www.bharian.com.my/dunia ... ngton-bantah-perang

REUTERS - Februari 26, 2024 @ 10:52am


Laungan ‘Free Palestine’ sebelum bakar diri.

WASHINGTON: Anggota tentera Amerika Syarikat (AS) membakar diri sendiri di luar Kedutaan Israel di Washington petang semalam sebagai membantah perang di Gaza.

Lelaki itu dibawa ke hospital selepas kebakaran dipadamkan pegawai Perkhidmatan Rahsia AS, DC Fire dan EMS yang disiarkan dalam talian.

Lelaki itu masih dalam keadaan kritikal, kata jurucakap Jabatan Polis Metropolitan. Jurucakap Tentera Udara mengesahkan insiden itu membabitkan seorang juruterbang pasukan mereka.

"Saya tidak akan lagi terbabit dalam pembunuhan beramai-ramai," kata lelaki itu, yang memakai pakaian tentera, dalam video yang disiarkannya secara langsung melalui internet, menurut New York Times.

Dia kemudian menyiram dirinya dengan cecair jernih dan membakar dirinya, menjerit 'Free Palestine' (Bebaskan Palestin), lapor Times.

Polis tempatan dan Perkhidmatan Rahsia sedang menyiasat kejadian itu.

Kedutaan Israel menjadi sasaran protes berterusan terhadap perang di Gaza. Peperangan di Gaza membawa kepada protes pro-Palestin dan pro-Israel di AS.

Protes bermula selepas serangan Hamas, kumpulan Islam Palestin yang memerintah Gaza pada 7 Oktober lalu. Sejak itu, tentera Israel melancarkan kempen ketenteraan terhadap wilayah terkepung itu dengan hampir 30,000 orang terbunuh, menurut pegawai kesihatan Palestin.

Pada Disember, seorang penunjuk perasaan membakar dirinya di luar Konsulat Israel di Atlanta.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2024 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya ampun, boleh sajork cari kekdah lain nak tunjuk bantahan. Nieyh spesis dah lama hidop, dah gibap, sanggup bakar diri sendiri. Perang kat gaza tuew tadenya nak stop. Dua² pihak degil.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 11:25 AM | Show all posts
Benjoemin Bidenyahu yang patut bakar diri bersama2 semael botox face haniyeh dan yahya sin war
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam ni ramai pro-Zionis. Katanya Hamas yang bersalah sebab "mulakan" perang, seolah-perang di situ baru bermula pada 7 Oktober lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Pencinta Zionis dijemput masuk:

https://t.me/cintagaza
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak sokong zionis sis.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.335602 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list