CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5653|Reply: 12

[Dunia] Warga Gaza kelaparan, terpaksa makan dedak ternakan, rumput

[Copy link]
Post time 26-2-2024 04:30 PM | Show all posts |Read mode
Warga Gaza kelaparan, terpaksa makan dedak ternakan, rumput

https://www.malaysiakini.com/news/697320

Bernama
Diterbitkan:  Feb 26, 2024 2:20 PM⋅
Dikemaskini: 2:20 PM



Pengeboman tanpa henti dan pengepungan ketat Israel ke atas Semenanjung Gaza terus mengakibatkan krisis kelaparan semakin buruk sehingga ada antara penduduk terpaksa menyembelih kuda, makan rumput dan dedak ternakan demi kelangsungan hidup.

Di kem pelarian Jabalia di utara Gaza, Abu Jibril menceritakan keadaan sukar itu sehingga memaksanya menyembelih dua ekor kuda miliknya untuk diberi kepada ahli keluarga.

“Kami tidak punya pilihan lain selain menyembelih kuda untuk memberi makan anak-anak. Kelaparan membunuh kami,” kata lelaki berusia 60 tahun itu kepada AFP seperti dipetik WAFA.

Tanpa memberitahu sesiapa tentang daging kuda berkenaan, beliau memasak sebelum menghidangnya kepada keluarga dan jiran-jiran.

“Walaupun perlu, tapi saya bimbang akan reaksi mereka. Tiada siapa tahu mereka makan daging kuda," katanya.

Kem Jabalia, yang ditubuhkan pada tahun 1948 dan meliputi kawasan seluas hanya 1.4 kilometer, adalah yang terbesar di Semenanjung Gaza.

Jibril dan keluarganya melarikan diri dari Beit Hanoun apabila pencerobohan Israel terhadap Gaza bermula dan berlindung di Sekolah UNRWA Al-Faluga.

Sebelum pencerobohan, air tercemar dan gangguan bekalan elektrik menjadi masalah utama di kem yang padat penduduk itu.

Kini, keadaan diburukkan lagi dengan masalah kehabisan bekalan makanan kerana agensi bantuan tiada akses ke kawasan berkenaan akibat pengeboman.

Penghuni kem mulai memakan sisa-sisa jagung membusuk, dedak ternakan selain rumput bagi menghilangkan rasa lapar.

Program Makanan Sedunia (WFP) minggu lalu memberi amaran bahawa keadaan di Gaza kini semakin bahaya dengan "tahap putus asa yang tidak pernah berlaku sebelum ini" manakala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa 2.2 juta orang berada di ambang kebuluran.

Sementara Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) memberi amaran bahawa kekurangan makanan yang membimbangkan selain peningkatan kekurangan zat makanan dan penyakit boleh membawa kepada "ledakan" kematian dalam kalangan kanak-kanak di Gaza.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2024 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts

Rakyat Gaza kini hanya makan rumpai

Um Youssef Awadiyeh membasuh rumpai yang dikumpul sebelum direbus untuk diminum airnya. - Foto X/News Boxer

GAZA: Akibat makanan yang sangat terhad di Gaza, rakyat Palestin terpaksa bergantung kepada sejenis rumpai yang dikenali sebagai 'mallow' untuk menyara keluarga mereka.

Rumpai itu mempunyai ciri-ciri perubatan dan tumbuh bebas dalam keadaan tanah yang keras dan kering kini menjadi makanan utama sejak aliran bantuan ke dalam enklaf itu berkurangan akibat perang.
Keseluruhan Gaza kini mengalami kekurangan akses kepada air bersih, makanan dan ubat-ubatan.


Seorang penjual di pasar, Um Ayad berkata, orang ramai kelaparan dan tiada apa yang boleh dimakan melainkan rumpai berkenaan.

"Semua orang lapar. Kami perlu memberi makan kepada kanak-kanak. Mereka terus menjerit mahu makanan.
"Kami tidak dapat mencari makanan. Kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan," katanya.

Sementara itu, seorang ibu di Kem Jabaliya, Um Youssef Awadiyeh berkata, mereka terpaksa menghadapi situasi bahaya setiap hari untuk mendapatkan tumbuhan liar.
"Keadaan menjadi lebih teruk dan kami dipaksa pergi ke sempadan. Tiada jarak antara kami dan kereta kebal.
Kami meletakkan nyawa kami dalam bahaya, tetapi apa yang boleh kami lakukan?

"Kami perlu memberi makan kepada anak-anak kami. Kami mempunyai anak yang ingin makan. Lebih baik sedikit daripada tiada. Kereta kebal itu boleh melepaskan tembakan ke arah kami, tetapi walaupun begitu kami pergi ke sana untuk mendapatkan rumpai. Ini dipanggil tumbuhan darat.

"Kami mendapatkan rumpai atau tumbuhan lain jika seseorang sakit. Kami kadang-kadang dijangkiti kerana kekurangan air bersih. Jadi kami mendapat beberapa tumbuhan yang kami rebus dan kemudian minum," jelasnya.

Angka kematian orang awam yang semakin meningkat dan krisis kemanusiaan yang semakin teruk di Gaza telah menguatkan gesaan untuk gencatan senjata.
Kebuluran dan penyakit berjangkit semakin merebak dan kira-kira 80 peratus daripada 2.3 juta penduduk Gaza telah kehilangan tempat tinggal.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 08:13 PM | Show all posts
betapa laknatnya kaum Israel ni...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 08:22 PM | Show all posts
ni la padah bila sesama sendiri x bersatu... israel tu dh mmg la, dlm Quran pn dh bgtau perangai diorg mcm mana, tp ummah palestin sendiri xnak amek iktibar dan berjaga2, hmm entah lah... iols smpi skrg nk derma pun rs mcm x function takut bantuan x dpt sampai..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 05:05 AM | Show all posts
Semoga mereka terus bersabar. Kesian. Semoga syurgalah tempat mereka di akhirat nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana ada Palestin perang sama sndiri..yg wujud kn Hamas ni Israel..dh byk bukti dedah kt tenet.. tanpa Hamas, Israel tkkn boleh mulakan peperiksaan tanpa sebab... Hamas la bantu Israel luaskan sempadan Israel
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2024 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
bersusun lori dgn bantuan nk masuk kt sempadan tp tk lepas pun.
kesian dan stress baca psl gaza dan rafah ni. israel tu dh ler mmg laknat. hamas pun sama. yg tersepit rakyat palestine yg tk bersalah
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 27-2-2024 06:04 AM
Mana ada Palestin perang sama sndiri..yg wujud kn Hamas ni Israel..dh byk bukti dedah kt tenet.. tan ...

Hamas pentingkan diri...x fikir kesan pada rakyat...

Dunia bodoh ingat Palestinian ni seronok dgn kematian konon masyarakat terpilih masuk syurga...

X nampak kah berita ni menggambarkan betapa peperangan menyiksa kehidupan manusia...

Kalau mereka suka kematian x de makna mereka nk meratap kehidupan sengsara, kelaparan semua ni...

Celaka pada manusia2 yg mencetus peperangan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2024 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Frustnya baca news mcmni, rasa hopeless sgt - mampu berdoa je dari jauh, moga Allah turunkan bala seberatnya pada Israel & sekutunya, Ameen Ya Rabbb
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 08:01 AM | Show all posts
umah tanah melayu zaman jepun dulu pon makan ubi kayu jugak, hidup susah jugak cuma takdak tenet nk cerita kt orang...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Cam bodoh kan Hamas lepaskan tahanan 40 org ja
Israhell pulak kena lepaskan tahanan 200 org
Macam nak lastik punai Hamas.. dah la tak dok kat Gaza pun
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 12:56 PM | Show all posts
Kuda tu binatang cerdik dan menurut kata. Janganlah dibuat kenduri siap jamu jiran2 lagi. Lupa felestin tak ada hasanah kan...

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 01:01 PM | Show all posts
Mu ka Hamas lagi tau pasal Israel, jgn jadi bodoh ngat !



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.331994 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list