CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3107|Reply: 0

F1: Carlos Sainz elak spekulasi, hanya fokus aksi

[Copy link]
Post time 26-2-2024 12:57 PM | Show all posts |Read mode

SAINZ melalui musim terakhirnya bersama Ferrari dan dikaitkan dengan penghijrahan ke Red Bull musim depan. - AFP

MANAMA – Pelumba F1 kelahiran Sepanyol, Carlos Sainz mengakui tidak terburu-buru dalam membuat keputusan mengenai masa depannya selepas dikaitkan berhijrah ke Red Bull apabila kontrak bersama Ferrari berakhir pada musim ini.

Sebagai rekod, Sainz bakal mengharungi musim terakhir bersama Ferrari selepas pasukan itu memilih untuk menandatangani khidmat juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton dan terpaksa mencari pasukan baharu tahun depan.

Spekulasi bertiup kencang apabila ayah Sainz dilihat berbincang dengan pegawai atasan pasukan Red Bull ketika sesi ujian pramusim sedang dijalankan di Litar Antarabangsa Bahrain sejak awal minggu ini.

Ini kerana Red Bull turut difahamkan tidak lagi mahu menyambung kontrak pelumba kedua, Sergio Perez dan mencari pelumba berbakat untuk mengemudi jentera pasukan musim depan.

Namun, Sainz menafikan perkara tersebut sebaliknya fokus bagi mengharungi kempen musim ini tetapi dalam masa yang sama mahukan tawaran yang boleh menjamin jentera lebih stabil pada kempen akan datang.

“Jika anda membuat spekulasi mengenai perbincangan ayah saya bersama Helmut Marko (pegawai Red Bull), ia adalah tidak benar kerana mereka hanya berbual kosong selain memiliki hubungan yang cukup akrab.

“Situasi sama juga melibatkan hubungan ayah saya bersama Toto Wolff (prinsipal Mercedes) dan saya anggap ia perkara normal memandangkan mereka sudah hampir empat bulan bertemu selain kita juga memasuki fasa pramusim.

“Apa yang pasti, saya tidak terburu-burut dalam membuat keputusan dan andai ada tawaran, biarlah daripada pasukan yang boleh memberi jaminan dan kestabilan demi masa depan saya,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... i-hanya-fokus-aksi/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.051540 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list