CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 891|Reply: 0

[Sabah] PKS Sabah diminta teruskan program outreach

[Copy link]
Post time 25-2-2024 10:00 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Joachim (tengah), Foo (dua kiri), Phoong (dua kanan) serta tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.

KOTA KINABALU: Perusahaan Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS) Sabah diminta terus melaksanakan program outreach khususnya kawasan luar dari bandaraya ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam berkata, usaha itu akan memberikan manfaat kepada pengusaha Mikro, Kecil dan Sederhana (MSME) di seluruh negeri ini.

"Saya memberikan jaminan kerajaan menerusi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) akan memberikan bantuan sewajarnya.

"Saya sebagai Menteri KKTP sanggup membantu anda sekiranya memerlukan," katanya ketika merasmikan Majlis Tahun Baharu Cina dan Chap Goh Mei 2024 PKS Sabah di sini, hari ini.

Joachim juga memuji usaha dilakukan Pengasas merangkap Presiden PKS Sabah Prof. Datuk Foo Ngee Kee atas komitmen beliau terhadap pembangunan serta sokongan kepada pelbagai program yang diadakan kerajaan.

"Terima kasih juga diucapkan kepada Foo kerana PKS Sabah sering memberikan cadangan bernas untuk menyelesaikan cabaran-cabaran yang dihadapi MSME dan PKS Sabah," katanya.

Sementara itu, Foo dalam ucapannya berkata, para hadirin yang terdiri daripada pemain PKS perlu memanfaatkan majlis makan tenghari itu dengan membina rangkaian perniagaan diantara satu sama lain.

Katanya, pelbagai agensi kerajaan berkaitan serta peniaga dari Sabah, Semenanjung dan Brunei hadir dalam majlis itu."Oleh itu, ambil peluang untuk untuk membina rangkaian perniagaan untuk membangunkan perniagaan masing-masing.

"PKS Sabah juga menghargai semua sokongan yang diterima daripada para penaja seperti agensi kerajaan, institusi kewangan, Penasihat Kehormat PKS Sabah, ahli dan banyak lagi," katanya.

Hadir sama ialah Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Datuk Phoong Jin Zhe.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.374618 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list