CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5141|Reply: 0

[Terengganu] Lima kes sengatan 'Portuguese Man Of War' di Pantai Bukit Keluang

[Copy link]
Post time 25-2-2024 06:01 PM | Show all posts |Read mode

Syed Syahir Rizqullah Tuan Amir Safuan menunjukkan kesakitan dialaminya sehingga paras bahu selepas memegang seekor obor-obor ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Has. FOTO BERNAMA

Jertih: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu merekodkan lima kes sengatan obor-obor berbisa membabitkan empat kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun dan seorang lelaki di Pantai Bukit Keluang, di sini, pada Jumaat dan semalam.

Pengarahnya, Datuk Dr Kasemani Embong berkata kesemua mangsa termasuk lelaki berusia 33 tahun yang menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Besut telah disengat obor-obor dipercayai daripada spesies Physalia Physalis atau dikenali sebagai 'Portuguese Man of War'.

"Kesemua lima pesakit adalah pengunjung Pantai Bukit Keluang dan telah mendapatkan rawatan apabila mendapat kesan sakit dan merah di bahagian badan yang terbabit.

"Mangsa termasuk kanak-kanak telah dirawat di zon hijau dan didapati kesemua mereka mengalami reaksi setempat di kawasan jari dan pergelangan tangan.


"Kesemua pesakit juga telah dibenarkan pulang setelah pegawai perubatan mendapati keadaan mereka stabil," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurutnya, mangsa lelaki dewasa itu datang ke hospital berkenaan lewat malam semalam setelah disengat hidupan marin itu ketika menarik jala ikan di pantai yang sama.

Dr Kasemani berkata mangsa mengalami kesakitan di lengan dan gejala muntah akibat sengatan tersebut namun beliau terpaksa dibenarkan pulang atas risiko sendiri kerana enggan dimasukkan ke wad.

"Sehubungan itu, pengunjung pantai peranginan di negeri ini dinasihatkan agar tidak mandi atau bermain air di kawasan yang terdapat spesies obor-obor bahaya ini.

"Sekiranya disengat obor-obor yang tidak diketahui spesiesnya, orang ramai dinasihatkan menggunakan air panas dengan julat suhu 45 darjah Celsius selama 30 minit untuk melegakan kesakitan dan segera mengunjungi fasiliti kesihatan berhampiran," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... antai-bukit-keluang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.223295 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list