CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5618|Reply: 0

[Perlis] Sasar 233 Jualan Agro Madani di Perlis tahun ini

[Copy link]
Post time 25-2-2024 05:25 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Anzara (kiri) menyantuni pengunjung Jualan Agro Madani bersempena Karnival Usahawan dan Jualan Mega Madani Kuskop yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir hari ini.

KANGAR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis menyasarkan untuk mengadakan sebanyak 233 Jualan Agro Madani pada tahun ini bagi membolehkan lebih ramai rakyat negeri ini mendapatkan barang keperluan pada harga rendah.

Pengarahnya, Mohd Anzara Azizan berkata, jualan tersebut telah memasuki 39 kali penganjuran tahun ini termasuk penyertaan FAMA dalam Karnival Usahawan dan Jualan Mega Madani Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) yang berlangsung selama tiga hari sejak kelmarin.

“Sekarang kita berada dalam operasi yang ke-39 kali Jualan Agro Madani walaupun kita baru berada di hujung Februari dan sambutan yang diterima sangat menggalakkan.

“Sehingga kini kita telah dan sedang memberi manfaat kepada 18,000 rakyat Perlis dan 418 usahawan terlibat dengan menghasilkan jualan sebanyak RM400,000,” katanya kepada pemberita di Pasar Tani Kekal Simpang Empat, dekat sini semalam.

Katanya, antara barangan yang laris pada jualan itu adalah jualan kombo seekor ayam dan sayur pada harga RM10, daging dan beras. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... i-perlis-tahun-ini/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.272252 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list