CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11057|Reply: 0

[Sabah] Isu penggunaan bom ikan akan dibincang bersama Jabatan Perikanan Sabah

[Copy link]
Post time 23-2-2024 11:20 PM | Show all posts |Read mode


KUNJUNGAN: Christina merakamkan gambar kenangan bersama semasa menerima kunjungan terbabit.

KOTA KINABALU: Isu penggunaan bom ikan yang dilihat semakin berleluasa di kawasan Semporna akan dipanjangkan kepada Jabatan Perikanan Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, tindakan itu dilaksanakan selepas pihaknya menerima kunjungan daripada delegasi Projek Pulau Semporna, iaitu sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang diketuai oleh Penasihat dari United Kingdom (UK) Dr Liz Grimwade.

Katanya, delegasi terbabit mengutarakan kebimbangan berkenaan pengunaan bom ikan yang dilihat membawa ancaman terhadap kawasan dasar laut.

“Sekiranya tidak ditangani dengan berkesan, keindahan dasar laut serta batu karang akan terganggu.

“Kaedah penangkapan ikan menggunakan bahan letupan bukan sahaja menjejaskan sistem ekologi marin tetapi juga industri pelancongan Sabah.

“Individu yang menjalankan kegiatan bom ikan perlu dikenakan tindakan undang-undang secara setimpal dan usaha membanteras kegiatan ini perlu dibincang bersama Jabatan Perikanan Sabah termasuk menyemak status Jawatankuasa Pencegahan Pengeboman Ikan yang sebelum ini diwujud bagi menangani masalah penggunaan bom ikan yang semakin berleluasa," katanya.

Christina berkata, kerjasama antara Projek Pulau Semporna dengan Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (TTS) perlu diteruskan sebagai salah satu usaha pemuliharaan terumbu karang tanpa penghunaan bom ikan termasuklah di kawasan Taman Laut Tun Sakaran.

Sementara itu, Grimwade berkata, usaha untuk menangkap pelaku bagi penggunaan bom ikan dilihat sukar berikutan suspek bertindak melarikan diri sebaik mengesan kehadiran Pasukan Polis Marin (PPM).

Beliau bagaimanapun memuji tindakan pantas pihak berkuasa PPM yang berjaya merekodkan tangkapan terhadap pelaku ini.

“Sekiranya dilihat penggunaan bom ikan ini, suspek menjalankan kegiatan di kawasan laut tebuka dan kadangkala di perairan cetek, tindakan ini sama sekali membawa keadaan negatif terhadap pelancongan dan alam sekitar kerana berpotensi memusnahkan habitat hidupan marin," katanya.

Beliau berkata, Projek Pulau Semporna mengguna pakai sistem sensor yang dikendalikan oleh Stop Fish Bombing (SFB) Malaysia, yang mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu terlibat untuk memantau pengeboman ikan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, sistem itu berjaya mengenal pasti sejumlah 604 bom ikan di kawasan Semporna tahun lepas.

"Angka ini menunjukan kegiatan bom ikan digunakan secara melua dalam kalangan nelayan.

“Hasil projek juga menunjukkan banyak letupan tidak dapat direkodkan kerana kekangan alat yang tidak dapat dikesan dalam kawasan yang lebih luas,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Komunikasi Marina Aman Sham semasa memberikan taklimat dalam kunjungan itu berkata, projek ini dilancarkan sejak 1998 bagi mengiktiraf nilai  terumbu karang dan pulau di kawasan Semporna.

Katanya, projek ini juga membawa misi memastikan terumbu karang serta hidupan marin yang sihat dengan memberi manfaat kepada semua pihak.

“Usaha ini berdepan ancaman yang semakin meningkat daripada kaedah penangkapan ikan yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan sehingga merosakkan dasar laut, membawa pencemaran alam sekitar.

"Oleh itu, misi kami adalah untuk melindungi alam semula jadi dan kepelbagaian biologi dan pada masa yang sama menggalakkan penggunaan sumber yang mampan, pembangunan ekonomi dan budaya tradisional," katanya.

Turut hadir ialah Penyelaras Projek Sofia Johari.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.084075 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list