CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10682|Reply: 0

[Sabah] JBPM Sabah catat 305 kes kebakaran belukar, hutan tahun ini

[Copy link]
Post time 23-2-2024 11:19 PM | Show all posts |Read mode


OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi mengawal kebakaran di kawasan belukar.
KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah mencatat sehingga 305 kes kebakaran kebun, ladang, hutan, belukar, dan lalang tahun ini.

Pengarah JBPM Sabah Abdul Razak Muda berkata, kesemua kes kebakaran direkodkan bermula 1 Januari sehingga 22 Februari lalu.

“Untuk kesemua kes ini, kebakaran belukar dan lalang mencatat jumlah paling tinggi iaitu 229 kes yang mana bulan ini merekodkan 189 kes dan hanya 40 kes bulan lalu.

“Kebakaran hutan mencatat keseluruhan 102 kes masing-masing 27 kes bagi Januari dan 75 kes untuk bulan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, hanya sembilan kes bagi jumlah kebakaran belukar dan ladang bulan lalu diikuti 13 kes dicatat sehingga Khamis bulan ini.

Beliau juga meminta orang awam agar tidak memulakan aktiviti pembakaran terbuka yang berpotensi penyebab kepada kebakaran seumpama ini.

“Hubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) berhampiran sekiranya mengesan kebakaran di kawasan terbuka untuk tindakan kawalan segera,” katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.054756 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list