CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10213|Reply: 0

[Sabah] Kekal bersatu, berjuang tuntut hak Sabah

[Copy link]
Post time 23-2-2024 11:12 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Joachim (tiga kanan), Yiew (kanan), Julita (dua kanan), Maximus (tengah), Jahid (dua kiri), Yee (tiga kiri) merakamkan gambar kenangan pada majlis itu.

KOTA KINABALU: Golongan muda negeri ini perlu bersatu dan tabah berhadapan dengan perjuangan menuntut semula hak Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam berkata, golongan berkenaan perlu berani untuk menyuarakan hak mereka sebagai rakyat Sabah dalam negara ini.

"Kita berbangga terdapat sesetengah pemimpin muda Sabah seperti Pengerusi Penganjur kita, Yee Tsai Yiew yang bukan sahaja bangga sebagai ahli Parti Bersatu Sabah (PBS), tetapi juga berani tampil ke hadapan dan menyuarakan kehendak rakyat Sabah.

"Saya menyeru khususnya golongan muda di negeri ini kekal bersatu dan teruskan perjuangan menuntut semula hak Sabah dan rakyat negeri ini," katanya pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina PBS 2024 di sini, semalam.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PBS berkata, PBS yang akan meraikan ulang tahun ke-39 penubuhan parti itu pada 5 Mac depan, kekal komited untuk menuntut semula hak Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Perlembagaan Malaysia dan berkaitan.

"PBS telah dan akan terus berjuang untuk rakyat Sabah bagi menuntut hak sewajarnya dalam negara ini.

"Perjuangan ini dimulakan Mantan Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan diteruskan Presiden PBS, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili.

"Kita masih mengikuti jejak mereka dan bernasib baik kerana kita mempunyai pemimpin yang komited kepada parti," katanya.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Maximus, Timbalan Presiden Datuk Seri Panglima Dr Yee Moh Chai dan Datuk Jahid Jahim, Bendahari Agung Datuk Lum Kim Yun, Naib Presiden Datuk Ruslan Muharam serta Datuk Johnny Mositun, Setiausaha Agung Datuk Julita Majungki serta pemimpin PBS yang lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.061066 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list