CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6034|Reply: 0

[Sabah] Tingkatkan tahap keselamatan awam di bandaraya

[Copy link]
Post time 23-2-2024 11:00 PM | Show all posts |Read mode


CHRISTINA

KOTA KINABALU: Pihak berkuasa dipohon untuk mengetatkan tahap keselamatan di bandaraya ini dengan meningkatkan kekerapan rondaan polis, memasang lebih banyak kamera litar tertutup serta berkaitan untuk memastikan Kota Kinabalu sebuah destinasi selamat untuk dikunjungi.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, beliau semakin bimbang dengan tahap jenayah yang sering berlaku dalam bandaraya ini.

Katanya, antara jenayah yang telah berlaku di sini adalah memecahkan cermin kereta di Jalan Gaya, kes samun di sekitar bandaraya ini yang membabitkan mangsa adalah pelancong dan masyarakat awam, menyebabkan kecederaan kepada mangsa serta cubaan pecah rumah di kawasan perumahan.

"Saya sangat terkejut dengan kejadian jenayah ini yang mencabar pihak berkuasa.

"Kejadian samun yang berlaku di bandaraya baru-baru ini melibatkan mangsa adalah penduduk tempatan, sekali gus membimbangkan dalam kalangan warga bandaraya ini...kita tidak mahu insiden seumpamanya berulang," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, kes samun di Jalan Gaya melibatkan seorang wanita yang cedera parah bukan sahaja memberikan imej negatif kepada bandaraya ini, tetapi mampu menakutkan pelancong untuk melawat di sini.

Katanya, jenayah berkenaan termasuklah kejadian di sebuah bank komersial Jalan Gaya serta di Kampung Air.

"Oleh itu, adalah penting untuk memperkasakan tahap keselamatan agar penduduk di bandaraya ini sentiasa berada pada tahap yang selamat.

"Jalan Gaya adalah destinasi bersejarah dan menjadi tumpuan para pelancong dalam dan luar negara.

"Kejadian jenayah itu mampu mendatangkan risiko kepada para pengunjung pada Api-Api Night Food Market yang diadakan setiap malam Jumaat dan Sabtu...penjaja juga berasa bimbang mengenai tahap keselamatan mereka," katanya.

Christina juga akan mengaktifkan semula Unit Polis Pelancong untuk ditempatkan di kawasan-kawasan strategik di seluruh bandaraya, termasuk Jalan Gaya bagi menjamin tahap keselamatan masyarakat di sini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.140207 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list