CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2264|Reply: 0

[Sabah] SESB gesa kontraktor siapkan segera projek PMU Apas

[Copy link]
Post time 23-2-2024 09:35 PM | Show all posts |Read mode


LAWAT: Mohd Yaakob (tengah) bersama Madius (kiri) dan Lo (kanan) ketika membuat lawatan projek PMU Apas.

TAWAU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menggesa supaya kontraktor yang melaksanakan projek pembinaan Pencawang Masuk Utama (PMU) 132kV Apas dapat menyiapkan projek ini dengan segera.

Projek itu sudah bermula pada November 2016 dan sepatutnya siap pada November 2018 namun kontraktor dilantik masih gagal menyiapkan projek mengikut tempoh yang ditetapkan iaitu selama 24 bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Ts Mohd Yaakob berkata, kelewatan lebih 60 bulan itu mengakibatkan perancangan SESB mempunyai ‘injection point’ baharu di Tawau tidak dapat direalisasikan.

“Injection point baharu ini sangat penting kepada rangkaian penghantaran di Tawau kerana sistem ini dapat menjamin kestabilan bekalan elektrik kepada pengguna.

“Ia juga adalah selaras dengan Kanun Grid Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya ketika ditemui dalam lawatan ke Pencawang Masuk Utama (PMU) 132kV Apas, di sini hari ini.

Katanya, SESB juga sedar bahawa senario di mana sistem n-1 yang tidak lengkap ini sangat berisiko terhadap kestabilan bekalan elektrik terutamanya kepada 66,929 pengguna di sekitar daerah Tawau.

“Pembinaan PMU Apas bernilai RM106 juta ini adalah di bawah pelaksanaan Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah (PPKBES).

“Kami berharap tarikh siap yang baharu dijadualkan pada Jun tahun ini akan dapat menjadi kenyataan bagi manfaat penduduk di Tawau,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi SESB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dan Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.094851 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list