CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2334|Reply: 0

[Sabah] Murkam dipilih presiden baharu KGKS

[Copy link]
Post time 23-2-2024 09:33 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Murkam bersama tetamu jemputan dan jawatankuasa KGKS pada persidangan berkenaan.

KOTA KINABALU: Murkam Setan @ Hussein dipilih sebagai Presiden baharu Kesatuan Guru Kerajaan Sabah (KGKS), baru-baru ini.

Pengumuman pemilihan Murkam dibuat pada Persidangan Dwi Tahunan Kali ke 40 yang diadakan di Kota Kinabalu.

Beliau yang juga Pengerusi KGKS Cawangan Tuaran menang dalam pemilihan jawatan itu setelah menewaskan dua lagi calon presiden.

Murkam yang juga seorang pendidik di Sekolah Kebangsaan (SK) Bolong Tuaran mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli KGKS kerana memberikan kepercayaan meneraju kesatuan ini.

Menurutnya, perjuangan KGKS adalah memastikan hak guru, gaji guru, kebajikan dan skim perkhidmatan mereka terbela.

“Isu kebajikan guru dalam perkhidmatan dan hak sebagai guru akan terus diperjuangkan oleh KGKS,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Agung CUEPACS Malaysia, Mohd Fadli Mohd Noor dan Pengerusi CUEPACS Sabah, Ajulahin Japin.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.267448 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list