CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2447|Reply: 1

[Tempatan] Jurujual warga Bangladesh dihukum penjara, sebat salah guna wang syarikat RM300,900

[Copy link]
Post time 23-2-2024 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Seorang jurujual warga Bangladesh dihukum penjara tujuh bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana menyalahgunakan wang sebuah syarikat berjumlah lebih RM300,000, untuk kegunaan peribadinya.

Hakim Azrul Darus menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Md Mehdi Hasan, 29, mengaku bersalah atas pertuduhan menyalahgunakan wang RM300,900 milik syarikat itu di Jalan Tun Tan Siew Sin, Dang Wangi, di sini, antara 11 Disember 2023 hingga 24 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, hasil laporan audit oleh seorang akauntan di syarikat itu mendapati tertuduh mengubah 'Tax Invoice' dengan menukar jumlah yang telah dipesan, yang mengakibatkan syarikat berkenaan mengalami kerugian sebanyak RM300,900.

Hasil siasatan polis mendapati tertuduh telah melarikan diri dan menggunakan wang berkenaan untuk kegunaan sendiri, sebelum berjaya ditangkap.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amir Hannif Ahijman, manakala tertuduh pula tiada diwakili peguam.

Sementara itu di mahkamah sama, seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu berhubung urusan jual beli kereta menggunakan dokumen palsu pada November tahun lalu.

Tertuduh, Ng Wai Hong, 47, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap seorang individu berumur 38 tahun sehingga mendorong mangsa menyerahkan kereta jenis Mercedez Benz yang hendak dijual bernilai RM155,000 kepada tertuduh, di kawasan perumahan di Taman U Thant, di sini, pada 27 November 2023.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin, dan menetapkan 22 Mac depan untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Muhammad Amir, manakala tertuduh tiada diwakili peguam. – BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2024 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Majikan kata amik pekerja asing sbb rajin2 belaka...datang sini mau cari rezeki je...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.056798 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list