CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2162|Reply: 0

[Sabah] Perhimpunan KUSKOP di peringkat negeri semai semangat kebersamaan

[Copy link]
Post time 23-2-2024 09:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 23-2-2024 01:31 PM



KENANGAN: Ewon merakamkan gambar kenangan semasa perhimpunan terbabit.

KUALA TERENGGANU: Penganjuran perhimpunan bulanan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) di setiap negeri mampu menyemai semangat kebersamaan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, selain mengukuhkan kerjasama dalam kalangan warga KUSKOP, perhimpunan itu juga menjadi platform untuk pertemuan warga kementerian dan agensi.

“Ini adalah ruang saya untuk menyampaikan aspirasi kementerian dan kerajaan secara langsung kepada pegawai di peringkat negeri.

“Buat julung kalinya, majlis perhimpunan KUSKOP diadakan di peringkat negeri dan di luar Putrajaya.

“Kementerian selalunya mengadakan perhimpunan di Putrajaya, tetapi kita kembangkan ke negeri-negeri bagi menyampaikan perkongsian daripada kementerian dan juga pimpinan utama negara ,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat sempena Perhimpunan Bulanan KUSKOP Bersama Warga KUSKOP dan Agensi-Agensi Negeri Terengganu Tahun 2024, di Hotel Raia, di sini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Zamri Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan pemantauan) KUSKOP Noor Afifah Abdul Razak, Setiausaha Bahagian Kementerian dan Ketua-Ketua Agensi Negeri dan warga kementerian serta agensi di Terengganu.

Ewon berkata, Terengganu dipilih sebagai negeri pertama mengadakan perhimpunan kementerian di luar Putrajaya sempena lawatan kerjanya selama dua hari di negeri itu.

“Muafakat yang dipupuk akan dapat memperkukuhkan hubungan dan semangat kerjasama dalam perkhidmatan kita semua.

“Tanpa sumbangan dan kerjasama daripada warga KUSKOP dan agensi di peringkat negeri, tidak mungkin kementerian kita dapat mencapai sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan dalam memastikan sektor keusahawanan dan koperasi di negara ini terus berkembang maju dan cemerlang,” katanya.

Ewon berkata, kesemua usahawan menghargai usaha agensi kementerian yang membantu mereka dan menyediakan modal memulakan perniagaan.

“Melalui pertemuan saya dengan usahawan ini, mereka menghargai agensi yang membantu sehingga berkembang daripada perusahaan kecil kepada skala yang lebih besar.

“Dua daripada usahawan yang saya kunjungi memerlukan bantuan perolehan mesin-mesin baharu untuk meningkatkan lagi produktiviti.

“Dalam hal ini, saya meminta SME Corp untuk membantu kedua-dua usahawan yang dibangunkan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM),” katanya.

Tambahnya, inilah bentuk kerjasama yang dihasratkan di semua agensi dalam kementerian, bagi memastikan ia saling melengkapan antara satu sama lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.252873 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list