CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2181|Reply: 0

[Sabah] Lelaki ditahan beli motosikal curi daripada rakan

[Copy link]
Post time 23-2-2024 09:28 PM | Show all posts |Read mode


TAHAN: Suspek ditahan bersama motosikal curi yang dibeli daripada rakannya di Tuaran.

TUARAN: Tindakan seorang lelaki memiliki motosikal curi yang dibeli daripada rakannya membawa padah selepas ditahan polis di hadapan restoran makanan laut di Kampung Terayung, Pantai Dalit, Tuaran di sini.

Ketua JSJ Sabah, Senior Asisten Komisioner (SAC) Azmi Abd Rahim berkata, suspek berumur 25 tahun ditahan sepasukan polis Bahagian D4 (Risikan/Operasi/Rekod Jenayah) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah kira-kira jam 7 malam kelmarin.

“Berdasarkan semakan, motosikal terbabit dilaporkan hilang di Jalan Segama dan suspek mendakwa motosikal itu dibeli daripada rakannya di Tuaran.

"Berdasarkan maklumat berkenaan, pasukan polis membuat serbuan di sebuah rumah di Kampung Bolong Baru di sini pada hari sama.

"Polis kemudiannya menahan seorang lelaki berumur 20 tahun yang menjual motosikal curi itu kepada suspek pertama," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, kedua-dua suspek dan motosikal dibawa ke pejabat D4 JSJ IPK Sabah untuk tindakan lanjut.

"Semakan jenayah lampau mendapati salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkait kesalahan dadah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.076049 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list