CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2162|Reply: 0

[Sabah] Geng pecah rumah dikenali 'Akut' ditahan

[Copy link]
Post time 23-2-2024 09:26 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Sebahagian daripada barangan yang dicuri berjaya dirampas kembali pihak polis.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang juga ahli kumpulan geng pecah rumah yang dikenali sebagai 'Akut' berjaya ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah hotel di Jalan Delima, Sadong Jaya, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Sabah, Senior Asisten Komisioner (SAC) Azmi Abd Rahim berkata, suspek berumur 38 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, jam 8.10 malam kelmarin.

Katanya, tangkapan berkenaan hasil operasi dan maklumat berterusan bahagian risikan/operasi JSJ Sabah dalam usaha membanteras penjenayah pecah rumah di negeri ini.

“Suspek didapati melakukan modus operandi dengan menyewa hotel sebaik melakukan kegiatan pecah rumah bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

“Taktik suspek yang aktif menjalankan kegiatan ini bagaimanapun berjaya dikesan polis sebelum ditahan di lobi hotel terbabit,” katanya semasa dihubungi di sini.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan menemukan banyak barangan didalam beg galas dan kereta sewa dipercayai barangan curi.

"Barangan terbabit termasuklah kamera, kasut, satu unit penggera kereta, topeng dan peralatan dipercayai untuk mencuri.

“Turut dirampas pakaian serta kasut iaitu barangan yang dicuri di kawasan Inanam," katanya.

Azmi berkata, siasatan lanjut mendapati suspek mengaku bersama tiga lagi rakan sejenayah yang masih bebas memecah masuk rumah dan mencuri barangan dalam rumah.

"Suspek juga mengaku sudah menjual beberapa barang yang dicuri kepada pembeli.

"Suspek dan barang rampasan seterusnya dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurutnya, polis masih meneruskan siasatan bagi mengesan tiga lagi suspek yang terbabit kes pecah rumah di bandar raya ini.

"Polis percaya suspek ini adalah ahli geng pecah rumah yang terbabit beberapa kes dan siasatan lanjut masih diteruskan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan membabitkan kesalahan pecah rumah," katanya.

Terdahulu, tiga lelaki dikenali sebagai Geng Raqib yang aktif melakukan pecah rumah di beberapa daerah di negeri ini diberkas polis JSJ D9 IPK Sabah.

Kesemua suspek termasuk ketua kumpulan berkenaan diberkas dalam dua serbuan berasingan di Beaufort dan Kota Kinabalu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.057300 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list