View: 6742|Reply: 0
|
Shaw cedera otot, mungkin rehat beberapa bulan
[Copy link]
|
|
Pertahanan Manchester United, Luke Shaw (kanan) cedera ketika menentang Luton Town pada aksi Liga Perdana Inggeris di Kenilworth Road, London Ahad lalu. – Foto premierleague.com
MANCHESTER, England: Pembabitan pemain pertahanan Manchester United, Luke Shaw dalam Liga Perdana Inggeris musim ini mungkin berakhir disebabkan kecederaan otot yang memungkinkannya diketepikan selama beberapa bulan, umum kelab itu semalam.
Pemain berusia 28 tahun itu, yang terlepas tiga bulan musim ini kerana kecederaan dan hanya beraksi 15 perlawanan dalam semua pertandingan, terhincut-hincut ketika United menang 2-1 di Luton Town Ahad lalu.
"Ujian lanjut masih diperlukan untuk mengenal pasti tahap kecederaannya tetapi kami jangkakan dia tidak boleh beraksi selama beberapa bulan," menurut United.
Kecederaan Shaw satu tamparan besar buat United yang kini menghuni tangga keenam liga dan memburu penamat kelompok empat teratas.
Kecederaan itu juga mungkin menjejaskan peluangnya bermain untuk England pada Kejohanan Eropah di Jerman tahun ini. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... ehat-beberapa-bulan |
|
|
|
|
|
|
| |
|