CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4212|Reply: 0

[Sabah] Sabah sedia peruntukan RM474.55 juta, perkukuh modal insan, pendidikan

[Copy link]
Post time 21-2-2024 07:24 PM | Show all posts |Read mode


PESERTA: Mohd Arifin (tengah) yang mewakili Ketua Menteri sempat merakam kenangan bersama peserta KEDAP yang berjaya menerima sijil pada majlis itu.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM474.55 juta tahun ini bagi memperkukuhkan lagi pembangunan modal insan dan meningkatkan tahap pendidikan di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, peruntukan itu antaranya untuk biasiswa dan dermasiswa, pembangunan dan operasi sekolah agama Islam dan masjid, pembangunan badan-badan keagamaan bukan Islam, sekolah mubaligh, sekolah jenis kebangsaan dan persendirian.

Katanya, turut menerima peruntukan adalah operasi perpustakaan termasuk perpustakaan desa dan perpustakaan bergerak di seluruh negeri serta pelaksanaan pelbagai program, latihan dan kursus kemahiran.

Menurutnya, pendidikan memainkan peranan penting dalam membangunkan modal insan generasi akan datang yang cemerlang, berdaya saing, berpengetahuan dan berkemahiran.

“Kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian dan keutamaan kepada keperluan serta isu pendidikan sebagai sebahagian agenda negara, selain secara berterusan meningkatkan tahap pendidikan di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sijil Tamat Belajar Kelas Dewasa Ibu Bapa Orang Asli dan Peribumi (KEDAP) Kali Kesembilan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini hari ini. Teks ucapan Hajiji dibacakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif.

Katanya, pendekatan pembelajaran sepanjang hayat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bukan sahaja untuk kanak-kanak seawal usia empat tahun mendapat pendidikan prasekolah secara formal, malah orang dewasa boleh mendapat pendidikan seperti melalui Program KEDAP yang menyediakan pendidikan asas kepada ibu bapa yang buta huruf dalam masyarakat luar bandar.

Beliau berharap kejayaan peserta KEDAP menamatkan program mereka, akan meningkatkan kadar celik huruf di negara ini sekali gus menjadi perangsang kepada generasi muda untuk mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan.

“Ini sejajar dengan hasrat kerajaan negeri dalam Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menekankan kepentingan pembangunan modal insan di negeri ini," katanya.

Pada majlis itu, seramai 625 peserta KEDAP menerima sijil tamat belajar.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.565897 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list