CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3569|Reply: 0

[Sabah] Beri perhatian isu kemiskinan di Kudat

[Copy link]
Post time 21-2-2024 07:18 PM | Show all posts |Read mode


AMANAT: Presiden WARISAN Datuk Seri Shafie berucap di hadapan lebih daripada 500 tetamu yang hadir dari segenap lapisan masyarakat. Hadir sama ialah tiga Naib Presiden Datuk Jaujan Sambakong, Datuk Junz Wong dan Terrence Siambun, Ketua Penerangan Datuk Azis Jamman, Pemangku Ketua Wanita Norfaizah Chua, Pemangku Ketua Wira Terrence Au, Pengerusi Dewan Perniagaan Tiong Hua Kudat Datuk Pak Chee Eng, Ketua Bahagian MCA Kudat Kevin Lee, Tokoh Politik Datuk Peter Chin, Mantan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran.

KUDAT: Isu kemiskinan di sini perlu diberikan perhatian sewajarnya memandangkan Kudat adalah daerah ke lapan termiskin di Malaysia.

Presiden Warisan (WARISAN) Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, sehingga hari ini belum wujud rancangan sama ada diperingkat atau negeri untuk mengatasi masalah ini secara tuntas.

"Oleh itu, penting kepada kita untuk memastikan kerangka perancangan nanti perlu mengambil perhatian bukan sahaja dari segi membasmi kemiskinan tetapi juga kemudahan asas yang ada.

"Di sini, bukan sahaja isu elektrik, bekalan air tetapi juga kemudahan perubatan...hospital ada, tetapi kekurangan pakar yang diperlukan rakyat," katanya ketika ditemui pada Perayaan Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 anjuran Parti WARISAN, Tanjong Kapor di sini hari ini.

Beliau berkata, Hospital Kudat tidak mempunyai pakar jantung. Terdapat kejadian dimana pesakit jantung meninggal ketika dalam perjalanan ke Kota Kinabalu.
Shafie berharap, kerajaan Pusat dan negeri mampu mengambi perhatian serius, sekali gus mengatasi masalah ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, WARISAN yakin mampu merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Kapor dan Banggi pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

"Sama ada diadakan pada tahun ini ataupun tahun hadapan, penduduk Sabah harus mempunyai kesatuan.

"Jangan bergaduh mengenai calon dan kita mesti berfikir seperti Sarawak. Saya berharap kita tidak lagi berpecah," katanya.

Dalam pada itu, Mantan Ketua Menteri Sabah itu juga menzahirkan ucapan takziah kepada rakyat Sarawak atasi pemergian Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia.

"Mendiang merupakan tokoh negara yang banyak memberikan sumbangan kepada Malaysia, khususnya Sarawak.

"Beliau pernah menjadi Menteri Penerangan dan Menteri Pertahanan diperingkat Pusat.

"Sumbangan beliau bukan saja dalam pembangunan Malaysia tetapi juga dari segi kesatuan rakyat Sarawak yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bangsa, etnik dan agama," katanya.

Hadir sama ialah tiga Naib Presiden Datuk Jaujan Sambakong, Datuk Junz Wong dan Terrence Siambun, Ketua Penerangan Datuk Azis Jamman, Pemangku Ketua Wanita Norfaizah Chua, Pemangku Ketua Wira Terrence Au, Pengerusi Dewan Perniagaan Tiong Hua Kudat Datuk Pak Chee Eng, Ketua Bahagian MCA Kudat Kevin Lee, Tokoh Politik Datuk Peter Chin, Mantan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Tony Koh serta  lain-lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.054521 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list