CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4931|Reply: 0

[Perlis] Kembara Murad hayati tarikh permulaan TDM

[Copy link]
Post time 21-2-2024 02:29 PM | Show all posts |Read mode
Kembara Murad hayati tarikh permulaan TDM


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



RAKAN seperjuangan pesara tentera, Murad turut menyokong kembara Murad dengan motosikalnya dari Perlis hingga ke Johor menerusi Kembara ‘Jejak Pahlawan IV 2024: Trail of 3,000 Heroes’ itu dengan bermula di Masjid al-Hussain atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung, Kuala Perlis. FOTO Aizat Sharif




Kangar: Seorang bekas perajurit nekad menunggang motosikal merentasi Pantai Barat Semenanjung Malaysia dari Perlis ke Johor dalam usahanya memperingati tanggal 1 Mac 1933 sebagai tarikh penubuhan Tentera Darat Diraja Malaysia (TDM).

Malah, Staf Sarjan (Bersara) Murad Mohd Kassim, 54 yang berasal dari Parit, dia Perak turut menjadikan 'Jejak Pahlawan IV 2024: Trail of 3,000 heroes' itu sebagai ruang menyantuni rakan seperjuangan ketika bertugas dahulu.

"Sebelum ini saya lebih sinonim dengan kembara solo dengan menaiki kayak dari utara hingga selatan namun kali ini saya bermotosikal pula secara solo.

"Selain itu juga, kembara ini juga sebagai usaha saya dalam memperingati tarikh bermulanya perkhidmatan tentera darat di negara ini iaitu pada 1 Mac 1933 dan tarikh 1 Mac ini jarang diingati oleh orang ramai seperti tarikh kemerdekaan negara atau Hari Malaysia kerana tiada signifikannya namun bagi anggota perajurit negara terutama anggota tentera darat, tarikh itulah sentiasa harus diingati mereka.

"Jadi saya harus memastikan bahawa perjalanan ini tiba Johor Bahru pada 1 Mac depan sebagai simbolik kepada penghormatan terhadap penubuhan TDM yang banyak menghasilkan perwira seperti Allahyarham Leftenan Adnan Saidi," katanya ketika ditemui di Masjid al-Hussain, Kuala Perlis, di sini hari ini.

Dia akan berkelana dari satu negeri ke satu destinasi negeri selama 10 hari dan hanya bermusafir di tempat yang dirasakan sesuai untuknya bermalam.

"Segala perbelanjaan dalam perjalanan ini adalah duit sendiri dan ia tidak ditaja oleh sesiapa pun malah saya memperuntukkan sekitar RM1,000 sebagai belanja sepanjang perjalanan ini meliputi makan dan minum, tempat tinggal sekiranya diperlukan serta petrol.

"Dalam masa yang sama juga, sepanjang perjalanan, saya akan mengambil peluang untuk setidak-tidaknya berhenti di luar tujuh kem tentera darat yang pernah saya bertugas atau kenali seperti antaranya di Markas 30 Briged Infantri di Mata Ayer, Perlis, Markas 6 Briged Infantri di Sungai Petani, Kedah, Kem Kamunting, Rejimen Ke 3 Artileri Diraja di Taiping, Perak sehinggalah ke Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) di Ulu Tiram, Johor untuk tujuan mengabadikan kenangan semasa saya bertugas sebagai tentera, katanya.



Disiarkan pada: Februari 21, 2024 @ 2:17pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.113153 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list