CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7108|Reply: 0

[Perlis] Kastam Perlis rampas 'ganja terapung'

[Copy link]
Post time 20-2-2024 04:07 PM | Show all posts |Read mode

Ismail (dua dari kiri) menunjukkan dadah jenis ganja yang ditemui terapung di Perairan Perlis di Sungai Belati, Simpang Empat, Kangar pada Khamis lalu. FOTO AIZAT SHARIF

Padang Besar: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Perlis menemukan 20 ketulan ganja mampat bernilai kira-kira RM62,000 dalam guni yang dihanyutkan berhampiran Sungai Belati di Simpang Empat, Kangar, jam 4.30 pagi, 15 Februari lalu.

Pengarah Kastam Negeri Perlis Ismail Hashim berkata, terdahulu, pihaknya menerima maklumat berkaitan karung guni terapung terbabit.

"Pemeriksaan menemukan ganja didalamnya dan ia mampu memenuhi keperluan kira-kira 102,000 penagih. Hasil risikan, karung guni itu sudah pun dihanyutkan kira-kira dua hingga tiga jam sebelum itu.

"Ia dilakukan anggota sindiket penyeludupan dari negara jiran," katanya kepada media di Stor Penguatkuasaan JKDM Padang Besar, di sini, hari ini.



Menurut beliau, taktik sindiket adalah menggunakan laluan laut dengan menghanyutkan karung guni terbabit bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

"Kita percaya, dadah ini akan dikutip ahli sindiket di sini, sebelum diedarkan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mpas-ganja-terapung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.847416 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list