CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4396|Reply: 0

[Perlis] Remaja 16 tahun pandu pikap ala ‘Transformers’ seludup ketum

[Copy link]
Post time 20-2-2024 03:46 PM | Show all posts |Read mode

Ismail menunjukkan pikap yang diubah suai untuk tujuan penyeludupan pada sidang akhbar di Padang Besar, hari ini.

PADANG BESAR – Seorang remaja bawah umur ditahan selepas disyaki cuba menyeludup keluar 230 kilogram (kg) daun ketum menggunakan pikap yang diubah suai ala filem ‘Transfomers’, di Wang Kelian, dekat sini pada Khamis lalu.

Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, suspek warga tempatan berusia 16 tahun ditahan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Cawangan Penguatkuasaan Padang Besar di laluan keluar pos Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa bungkusan berisi daun ketum disembunyikan di bonet, ruang penumpang belakang dan di bawah kabin barang pikap jenis Isuzi D-Max RZAE-TC yang telah diubah suai.

“Kesemua bungkusan berisi 230kg daun ketum bernilai RM2,300 itu dipercayai cuba diseludup ke Thailand. Kita kemudian merampas kesemua barangan termasuk pikap yang digunakan dengan jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM110,000,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Difahamkan pikap tersebut diubah suai secara menyeluruh dengan ruang kargo belakang boleh diangkat, selain terdapat ruang kosong di bawahnya.

Difahamkan, remaja yang masih bersekolah itu akan memandu pikap tersebut melepasi pos kawalan ICQS Wang Kelian sebelum terdapat individu lain dari negara jiran memandu kenderaan berkenaan ke sebelah Thailand. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... mers-seludup-ketum/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.052866 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list