View: 7627|Reply: 0
|
EPL: Bisa Hojlund ceriakan Man. United
[Copy link]
|
|
HOJLUND (kanan) berjaya meledak gol dalam enam perlawanan berturut-turut termasuk dua jaringan ketika menewaskan Luton awal pagi semalam. – AFP
LUTON – Bintang muda Manchester United, Rasmus Hojlund melakar rekod baharu di Liga Perdana Inggeris apabila muncul pemain termuda menjaringkan gol dalam enam perlawanan berturut-turut.
Terbaharu, penyerang Denmark itu meledak dua gol untuk membantu The Red Devils meraih kemenangan 2-1 ke atas Luton Town di Stadium Kenilworth Road awal pagi semalam.
Bagaimanapun, sepanjang perlawanan itu, pengendali United, Erik Ten Hag sering dihimpit kecewa kerana anak-anak buahnya mempersiakan begitu banyak peluang terbaik khususnya menerusi Alejandro Garnacho dan Bruno Fernandes.
“Kami merekrutnya (Hojlund) selepas mengambil kira karakternya dan saya tahu dia adalah pemain yang berbakat. Dia mampu beraksi baik dalam situasi tertekan dan itulah yang kami perlukan daripada seorang penyerang.
“Dia langsung tidak gementar dan saya cukup yakin dia pasti akan menjaringkan lebih banyak gol selepas ini,” katanya.
Pada usia 21 tahun 14 hari, Hojlund mengatasi rekod pemain tengah Newcastle United, Joe Willock yang melakukannya ketika berumur 21 tahun 272 hari.
Kemenangan itu memastikan United semakin menghampiri kedudukan kelima terbaik yang menawarkan slot ke pentas Eropah musim depan.
“Saya perlu berterima kasih kepada rakan sepasukan dan jurulatih kerana memberikan keyakinan kepada saya. Saya tahu mampu menjaringkan gol dan sudah pasti perasaan agak menjengkelkan jika saya gagal melakukannya,” kata Hojlund.
Ketika ini, United yang mengutip 44 mata hanya dipisahkan tiga mata berbanding Tottenham Hotspur di tangga kelima dan kurang lima mata dengan Aston Villa di tempat keempat. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... eriakan-man-united/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|