View: 7652|Reply: 0
|
Dion Cools buat Pan-gon ‘pening kepala’
[Copy link]
|
|
COOLS (kiri) memberikan idea baharu kepada Pan-gon untuk meletakkannya beraksi di posisi sayap bagi aksi bertemu Oman bulan depan.
AKSI cemerlang Dion Cools bersama Buriram United di posisi sayap memberikan idea baharu buat pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon untuk menyiapkan percaturan lebih baik menjelang kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bulan depan.
Walaupun lebih sinonim sebagai pemain pertahanan, pengalaman luas bintang warisan negara itu di pentas Eropah sudah terbukti apabila menyumbangkan satu gol untuk memacu Buriram melakar kemenangan 4-3 ke atas Trat FC pada aksi Liga Thailand kelmarin.
Ia adalah jaringan sulung bintang berusia 27 tahun itu dalam 18 aksi sejak mula menyertai skuad Thunder Castle tersebut pada Januari tahun lalu, sekali gus memberi nilai tambah kepada pengendali Buriram, Arthur Papas dan Pan-gon.
Secara tidak langsung, saham Cools juga pastinya melonjak tinggi dan memberi kesukaran kepada mana-mana kelab Liga Malaysia (Liga M) yang berhasrat untuk mendapatkan khidmatnya.
Sebagai rekod, Cools menjadi tonggak utama skuad Harimau Malaya dalam kempen Piala Asia 2023 termasuk ketika mengikat Korea Selatan 3-3 pada aksi terakhir Kumpulan E hujung bulan lalu.
Selepas ini, Harimau Malaya bakal meneruskan aksi Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bertemu Oman di Muscat sebelum menerima kunjungan skuad Samba of the Gulf di Stadium Nasional Bukit Jalil empat hari kemudian.
Ketika ini, Malaysia berada di landasan terbaik untuk memburu slot ke Piala Asia 2027 secara merit dan layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... -gon-pening-kepala/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|