CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9818|Reply: 0

[Terengganu] Operasi kesan lelaki dikhuatiri lemas diperluas ke 67.8 batu nautika

[Copy link]
Post time 19-2-2024 04:11 PM | Show all posts |Read mode

Anggota Bomba dan Penyelamat meneruskan misi mencari dan menyelamat (SAR) Zulkarnain yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus di Pantai Batu Buruk hari ini.

KUALA TERENGGANU: Operasi mencari dan menyelamat Zulkarnain Mohamed Zubir, 44, yang dikhuatiri lemas di Pantai Batu Buruk, di sini, pagi semalam, diperluas ke kawasan seluas 67.8 batu nautika hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu, Kapten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali, berkata operasi semalam dimulakan pada jam 7 pagi dengan menggunakan Kapal Maritim (KM) Rawa.

"Operasi semalam yang membabitkan kawasan seluas 50.4 batu nautika, ditamatkan pada jam 7 petang kerana keadaan gelap dan ombak bergelora.

"Sektor pencarian hari kedua diperbesarkan ke kawasan seluas 67.8 batu nautika berpandukan keadaan arus dan cuaca hari ini (semalam)," katanya.



Mohd Khairulanuar berkata, selain agensi keselamatan, orang awam turut membantu usaha mencari dan menyelamat mangsa menggunakan tiga jet ski.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Terengganu di 09-6223657. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berit ... ke-678-batu-nautika

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.315387 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list