CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6444|Reply: 0

[Terengganu] Buruh binaan pesalah khalwat pertama dihukum sebat

[Copy link]
Post time 19-2-2024 02:56 PM | Show all posts |Read mode

Mohd. Affendi (tengah) dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas dijatuhi hukuman empat kali sebatan dan dan denda RM3,000 kerana berkhalwat buat kali kedua di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang buruh binaan menjadi pesalah pertama dikenakan hukuman sebatan atas kesalahan melakukan kesalahan khalwat berulang oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di sini hari ini.

Hakim Syarie Hamidi Shafie menjatuhkan hukuman empat sebatan dan denda RM3,000 ke atas tertuduh, Mohd. Affendi Awang, 42, yang membuat pengakuan bersalah.

Beliau memerintahkan hukuman sebat tersebut dilaksanakan dalam tempoh 14 hari sekiranya tiada rayuan selain hukuman tambahan enam bulan penjara jika gagal membayar denda.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd. Affendi didakwa bersama seorang wanita yang bukan isteri dan mahramnya yang boleh menimbulkan syak melakukan khalwat pada 25 Januari lalu.

Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah premis kosong yang sedang dalam proses ubahsuai di Jalan Penghiburan, Kemaman antara pukul 1.10 pagi hingga 2.15 pagi.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022.

Enakmen yang baru berkuatkuasa 1 Januari lalu itu memperuntukkan hukuman maksimum enam sebatan atau penjara tiga tahun dan denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

Mohd. Affendi yang tidak diwakili peguam syarie pernah dihukum denda RM2,700 atas kesalahan sama di Mahkamah Rendah Syariah Kemaman pada 11 Julai tahun lalu. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... tama-dihukum-sebat/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.268502 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list