View: 6802|Reply: 0
|
Salah sumbang gol bantu Liverpool raih kemenangan 4-1
[Copy link]
|
|
Salah meraikan jaringannya selepas membantu Liverpool mencatatkan kemenangan 4-1 menentang Brentford.
London: Ayam tambatan Liverpool Mohamed Salah terus mencipta sensasi apabila menjaringkan gol sebaik kembali bersama pasukan untuk memastikan kemenangan 4-1 menentang Brentford.
Kemenangan Liverpool itu terus mengukuhkan cengkaman di persada Liga Perdana Inggeris ketika Manchester City seri 1-1 menentang Chelsea awal pagi tadi.
Arsenal yang berada di kedudukan kedua Liga Perdana Inggeris pula mencatatkan kemenangan besar 5-0 sekali gus turut memberi tekanan kepada Liverpool dengan dua mata berbeza manakala juara bertahan City ditempat ketiga.
Salah yang tampil sebagai pemain gantian menggantikan tempat Diogo Jota mengalami kecederaan hamstring ketika beraksi bersama Mesir di Piala Afrika namun mampu menghasilkan gol sejak pertarungan dengan Newcasle United.
Gol ke-19 pemain berusia 31 tahun itu dalam semua pertandingan musim ini mmembantu Liverpool meraih kemenangan keenam dalam tujuh perlawanan terakhir mereka dalam saingan liga.
Darwin Nunez, yang sering dikritik memberikan gol pertama untuk skuad kendalian Jurgen Klopp dengan sepakan cantik ketika babak akhir separuh pertama di Gtech Community Stadium.
Alexis Mac Allister menggandakan jaringan buat Liverpool setelah jeda dengan gol keduanya musim ini manakala Ivan Toney mencetak satu gol n untuk Brentford, tetapi Cody Gakpo menjaringkan gol di minit akhir terakhir.
Namun, kemenangan itu perlu dibayar dengan harga mahal apabila Nunez, Jota, dan Curtis Jones di mengalami kecederaan sekali gus menyebabkan Klopp pening kepala.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... raih-kemenangan-4-1 |
|
|
|
|
|
|
| |
|