CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17964|Reply: 0

[Perlis] Pesta Angin Timur Perlis 2024 tampil 11 aktiviti baharu

[Copy link]
Post time 17-2-2024 07:24 PM | Show all posts |Read mode
Pesta Angin Timur Perlis 2024 tampil 11 aktiviti baharu

17 Februari 2024 09:12am



Mohd Shukri berkata, 128 agensi terlibat dalam menjayakan PAT 2024, dan beliau menjangka lebih 350,000 orang akan mengunjungi pesta itu nanti memandangkan ia diadakan semasa cuti persekolahan. - Foto Facebook Mohd Shukri Ramli




KANGAR - Pesta Angin Timur Perlis 2024 (PAT 2024) yang dijadualkan berlangsung di Kampung Lat Seribu, Tambun Tulang, Arau selama tiga hari bermula 1 Mac ini bakal menampilkan 11 aktiviti baharu untuk tarikan pengunjung.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, 33 aktiviti disediakan untuk pengunjung pesta itu nanti, dan antara yang terbaru ialah penerbangan belon udara panas, jerami art tunnel, pertandingan paramotor, pertunjukkan payung terjun, motorised hang glider dan pertandingan kayak.



"Tahun ini kita bawakan kelainan sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025, pelbagai program menarik telah disusun untuk semua lapisan masyarakat," katanya pada sidang media sempena PAT 2024 di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, di sini, pada Jumaat.

Turut serta pada sidang media itu Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Mohd Yusri Mohd Yusoff dan Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis, Norazlin Nordin.



Mohd Shukri berkata, 128 agensi terlibat dalam menjayakan PAT 2024, dan beliau menjangka lebih 350,000 orang akan mengunjungi pesta itu nanti memandangkan ia diadakan semasa cuti persekolahan.

"MOTAC mengalu-alukan kerjasama antara kementerian dan kerajaan negeri, setiap edisi ada penambahbaikan dan ia bukan sahaja dapat memajukan pelancongan, malah dapat memajukan komuniti setempat di Perlis dan negeri sekeliling," katanya. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.306899 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list