|
Pengurus Chelsea Mauricio Pochettino
London: Pengurus Chelsea Mauricio Pochettino tekad mahu kehadiran pasukannya ke stadium Etihad sebagai mimpi ngeri buat Manchester City pada perlawanan awal pagi ini.
Chelsea dan City akan berentap pada perlawanan tumpuan awal pagi ini apabila kali terakhir pertemuan kedua-dua pasukan pada November tahun lalu di Stamford Bridge menyaksikan keputusan seri 4-4.
Ketika ini, Chelsea boleh dilihat sebagai pasukan terumbang ambing apabila tewas enam daripada 12 perlawanan dengan ketika ini berada di tangga ketujuh liga.
Dengan 14 perlawanan lagi untuk dimainkan, Chelsea sudah menjaringkan tiga gol lebih banyak daripada musim sebelumnya, di mana hanya empat pasukan yang menjaringkan lebih sedikit.
Pochettino berkata, pasukannya tidak akan duduk diam dan akan melakukan serangan habis-habisan dalam usaha untuk meraih keputusan positif pada pertemuan terbabit.
"Jika kami pergi ke sana dan menunggu untuk melihat apa yang berlaku, ini adalah pasukan yang boleh mendominasi dan akan membuat anda menderita.
"Paling penting yang kami sedari adalah kami perlu menyerang, berlari dan berusaha keras sebagai satu pasukan," katanya.
Perlawanan Sabtu ini akan menjadi kali pertama Cole Palmer kembali ke Etihad sejak berpindah ke London Barat pada bulan September lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... i-di-stadium-etihad |
|