CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7821|Reply: 0

[Pulau Pinang] Reman lelaki amuk ancam letup tong gas disambung dua hari

[Copy link]
Post time 16-2-2024 11:12 AM | Show all posts |Read mode
Reman lelaki amuk ancam letup tong gas disambung dua hari


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



LAPORAN Harian Metro sebelum ini.




Georgetown: Tempoh tahanan reman lelaki yang mengamuk dan mengancam letupkan tong gas di Jalan Gangsa, di sini, Selasa lalu, disambung selama dua hari.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, permohonan terhadap penganggur berusia 41 tahun itu dibuat selepas tempoh reman tiga hari berakhir hari ini.

"Tempoh reman suspek dilanjutkan selama dua hari hingga 18 Februari," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, suspek mengamuk dan mengancam mahu letupkan dua tong gas di rumahnya.

Ketika kejadian, terdapat ibu mangsa yang berusia 69 tahun dan wanita berkenaan turut dipukul berkali-kali oleh lelaki berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, lelaki terbabit bertindak di luar kawalan akibat pengaruh dadah serta dipercayai menggunakan senjata dan memegang sebilah pisau ketika kejadian.




Disiarkan pada: Februari 16, 2024 @ 10:58am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.051260 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list