CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5987|Reply: 0

[Perak] Bapa peras ugut guru noda anak perempuan

[Copy link]
Post time 15-2-2024 05:21 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

IPOH – Seorang lelaki tergamak menjadikan anak perempuannya sebagai ‘modal’ untuk memeras ugut seorang guru yang disyaki mencabul remaja itu dalam kejadian di sebuah sekolah di Kampung Simee di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pengawal keselamatan berusia 50 tahun itu ditahan susulan laporan polis dibuat guru terbabit kelmarin.

Katanya, siasatan awal mendapati, pemerasan itu dibuat bapa mangsa bagi menyelesaikan kes cabul tersebut.

“Bapa mangsa yang mengesyaki guru terbabit melakukan gangguan seksual ke atas anaknya telah berjumpa lelaki itu untuk menyelesaikan kes dengan meminta sejumlah wang.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana memeras ugut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah Ipoh di sini hari ini.

Menurut Yahaya, pihaknya turut menerima laporan polis yang dibuat pelajar perempuan berusia 14 tahun itu yang mendakwa dia menjadi mangsa cabul gurunya.

Berikutan itu katanya, guru terbabit ditangkap untuk siasatan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Pada Isnin lalu, kita menerima laporan polis daripada seorang pelajar perempuan yang mendakwa dia telah dicabul oleh guru di sekolah sama.

“Susulan itu, satu tangkapan dibuat terhadap suspek. Berdasarkan siasatan, guru berusia 59 tahun itu mencabul mangsa sebanyak lima kali sejak Desember 2023 hingga bulan lalu,” katanya.

Tambah Yahaya, guru dan bapa mangsa telah pun dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan segera dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... -perempuan-ditahan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.196651 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list