View: 12675|Reply: 0
|
Kuasa Pan Gon, Garrido pilih pemain kacukan
[Copy link]
|
|
Kim Pan Gon (kiri) dan Juan Torres Garrido.
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak mahu sewenang-wenangnya memanggil pemain berdarah kacukan di luar negara tanpa menunggu 'lampu hijau' daripada barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya dan skuad muda negara.
Setiausaha Agungnya, Datuk Noorazman Rahman mendedahkan badan induk itu membuat 'kerja' dengan memantau lambakan pemain berdarah kacukan yang ketika ini sedang beraksi di luar negara khususnya di benua Eropah.
Malah, mereka akan mengenalpasti pemain itu dan menunggu sekiranya ada maklum balas daripada pemain terbabit mengenai keinginan untuk menyertai skuad kebangsaan.
"Kita memang dimaklumkan tetapi itu (pemilihan pemain berdarah kacukan), kita bagi pada ketua jurulatih Kim Pan Gon dan Juan Torres Garrido. Kalau mereka rasa untuk dipanggil, kita akan panggil.
"Kita pun sudah bagi tiga atau empat nama pada Juan Torres untuk dinilaikan dahulu," kata Noorazman.
Sebagai rekod, bukan setakat pemain Barcelona B, Naim Garcia yang berdarah Sepanyol memiliki keturunan Malaysia tetapi ramai lagi pemain kacukan yang layak mewakili Harimau Malaya ketika ini sedang beraksi di luar negara.
Terima kasih kepada laman pencari bakat, frfuturetalents yang berjaya mengesan lambakan kelompok pemain itu dan pada usia yang muda dan boleh mengisi banyak posisi, situasi ini mampu memberi manfaat jangka panjang buat skuad kebangsaan.
Malah, pemerhati bola sepak tempatan, Prof Madya Dr Dr Zulakbal Abd Karim turut melihat badan induk itu wajar memujuk pemain berdarah kacukan yang ketika ini berada di Eropah untuk mewakili Harimau Malaya namun perlu bersedia sekiranya 'pinangan' mereka ditolak kelompok pemain terbabit.
Ini kerana FAM tidak seharusnya meletakkan harapan tinggi untuk mendapatkan khidmat mereka dan perlu menerima hakikat Malaysia sebagai 'pilihan kedua'.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ilih-pemain-kacukan |
|
|
|
|
|
|
| |
|