|
FERNANDEZ (kanan) ledak gol ketiga Chelsea. -FOTO AFP
London: Conor Gallagher menjaringkan dua gol untuk membantu Chelsea mengecam bekas kelabnya Crystal Palace apabila merakam kemenangan 3-1 seterusnya menghidupkan peluang The Blues untuk kembali dalam pemburuan ke saingan Eropah musim depan.
Eagles berada di landasan untuk meraih kemenangan besar dalam perjuangan mereka untuk kekal dalam Liga Perdana menerusi serangan jarak jauh Jefferson Lerma yang berjaya membuka jaringan.
Tetapi gol pendahuluan Palace yang hanya menang tiga kali dalam 19 perlawanan dibatalkan oleh Gallagher apabila menyamakan kedudukan dua minit selepas babak kedua bersambung.
Gallagher meledak gol kedua malam itu dan Enzo Fernandez menambah gol ketiga pada masa kecederaan untuk membawa Chelsea naik ke tangga ke-10 dengan perbezaan dua mata dari pasukan di tangga ketujuh.
Palace kini hanya lima mata di atas zon penyingkiran iaitu di tangga ke-15.
"Ia sangat kejam tetapi permainan ini adalah mengenai gol dan malangnya kami melakukan kesilapan yang membawa kepada gol," kata pengendali Palace, Roy Hodgson.
Pasukan tuan rumah dihantui oleh kecederaan ketiga-tiga pemain bintang mereka Eberechi Eze, Michael Olise dan Marc Guehi yang terpaksa diketepikan.
Hodgson dan ahli lembaga kelab diserang peminat dengan sepanduk yang memaparkan "budaya kelab yang lemah" dan "dasar perpindahan yang lemah."
Tetapi Palace bertahan untuk 45 minit pertama hasil satu lagi persembahan hambar Chelsea di tempat lawan.
"Kami mula mendatar, kami tidak menunjukkan intensiti yang mencukupi. Ia adalah 45 minit pertama yang sukar," kata bos Chelsea, Mauricio Pochettino.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... menang-atasi-palace |
|