View: 9260|Reply: 0
|
Messi mungkin sertai Argentina di Olimpik Paris
[Copy link]
|
|
Pemain-pemain Argentina meraikan kemenangan ke atas Brazil dalam kejohanan pra-Olimpik Amerika Selatan di Stadium Brigido Iriarte, Caracas. - Foto AFP
CARACAS: Brazil dinafikan peluang untuk melakar hatrik emas bola sepak lelaki Olimpik apabila tewas 1-0 kepada Argentina dalam aksi kelayakan temasya berkenaan.
Juara Rio 2016 dan Tokyo 2020, Brazil hanya perlu seri untuk layak pada hari terakhir kejohanan pra-Olimpik Amerika Selatan di Venezuela.
Namun Argentina kini akan ke Paris untuk memburu gelaran ketiga selepas edisi 2004 dan 2008 hasil jaringan Luciano Gondou di Caracas.
Pasukan kedua yang akan layak ke Paris 2024 dari Amerika Selatan akan ditentukan antara Paraguay, yang hanya perlu seri, dan Venezuela.
Kejohanan kelayakan ini hanya terhad kepada pemain bawah 23 tahun, tidak seperti temasya Olimpik nanti yang membolehkan tiga pemain lebih usia dipanggil untuk memperkuat pasukan.
Argentina dijangka akan cuba mendapatkan khidmat pemenang lapan kali Ballon d'or berusia 36 tahun, Lionel Messi yang membantu mereka memenangi emas Olimpik 2008.
"Semua orang tahu hubungan saya dengan Leo... dan pintu sentiasa terbuka untuknya menyertai kami. Ia terpulang kepadanya," kata pengendali Argentina, Javier Mascherano. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... na-di-olimpik-paris |
|
|
|
|
|
|
| |
|