CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13581|Reply: 0

[Perak] Tiada tangkapan terbaru, 30 masih diburu

[Copy link]
Post time 11-2-2024 04:26 PM | Show all posts |Read mode

Suasana di hadapan Depot Imigresen sementara Bidor..-Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

TAPAH – Tiada penangkapan terbaru dengan baki 30 tahanan lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor pada 1 Februari lalu masih diburu polis dan imigresen.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd. Naim Asmawi berkata, jumlah tangkapan setakat ini hari ini masih kekal dengan 99 tahanan lolos telah berjaya ditangkap dalam operasi bersepadu yang melibatkan polis dan imigresen dengan kerjasama orang awam.

“Operasi tidak pernah dihentikan dan masih diteruskan walaupun semasa cuti perayaan dan hujung minggu,” katanya hari ini.

Jumlah keseluruhan tahanan yang lolos ialah 131 tahanan dengan dua tahanan mati kerana kemalangan jalan raya.

Operasi mengesan tahanan lolos depot yang masih bebas telah memasuki hari ke-11. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... ru-30-masih-diburu/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.050408 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list