CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12739|Reply: 0

[Sabah] Polis Kinabatangan lepaskan 12 das tembakan supaya buaya lepaskan mangsa dibaham

[Copy link]
Post time 9-2-2024 12:55 PM | Show all posts |Read mode


KINABATANGAN: Polis Kinabatangan terpaksa melepaskan 12 das tembakan supaya seekor buaya melepaskan seorang mangsa yang dibaham haiwan berkenaan di Ladang Limddale, Kampung Paris 2 dekat sini semalam.

Bagaimanapun hanya kaki kiri mangsa ditemukan, menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah malam tadi.

"Mangsa telah dijumpai oleh pasukan penyelamat pada 5.45 petang tadi di dalam mulut buaya. Pihak polis melepaskan 12 das tembakan sehingga buaya berkenaan melepaskan mangsa.

"Hanya kaki kiri mangsa sahaja dijumpai. Tindakan pengecaman mangsa dilakukan oleh ahli keluarganya," menurut kenyataan itu.

Mangsa seorang lelaki Indonesia dikenali sebagai Roberto Martinus, 48, yang dilaporkan hilang lebih kurang 6.40 pagi semalam, dikhuatiri dibaham buaya semasa menjalankan aktiviti memancing di sebatang sungai di ladang berkenaan.

Tiga anggota polis, tiga staf Jabatan Hidupan Liar dan 35 orang awam menyertai operasi mencari mangsa.- BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.062487 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list