CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13383|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pekerja p-hailing buat 'gila' tunggang motosikal tanpa brek

[Copy link]
Post time 9-2-2024 10:30 AM | Show all posts |Read mode
Pekerja p-hailing buat 'gila' tunggang motosikal tanpa brek


Nur Izzati Mohamad
[email protected]



Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang Zulkifly Ismail menunjukkan motosikal yang digunakan seorang lelaki untuk perkhidmatan p-hailing telah diubahsuai termasuk tiada brek belakang ketika pemeriksaan dalam Ops Motosikal di Plaza Tol Pulau Pinang. FOTO DANIAL SAAD




Butterworth: Pekerja p-hailing mempertaruhkan nyawanya selepas motosikal ditungganginya dikesan tidak mempunyai brek dalam Op Motosikal dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang dekat sini, malam tadi.

Dalam operasi bermula jam 8 malam itu, sebanyak 453 motosikal diperiksa dan 135 penunggang dikenakan tindakan termasuk 181 notis saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Pengarah JPJ negeri, Zulkifly Ismail berkata pemilik motosikal berkenaan mengubah suai kenderaannya yang boleh mengundang bahaya kepada dirinya sendiri serta pengguna jalan raya lain.

"Motosikal ditunggang lelaki berusia 30-an itu melakukan tiga kesalahan pengubahsuaian iaitu tidak mempunyai brek, menggunakan tayar bersaiz kecil dan 'lower arm' lebih panjang.

"Tindakan itu akan mengundang bahaya terhadap penunggang terbabit terutamanya apabila motosikalnya didapati tiada brek belakang yang ia penting untuk keselamatan.

"Apatah lagi, penunggang ini terdedah kepada risiko kerana dia bertugas di jalan raya untuk menghantar pesanan makanan kepada pelanggan," katanya motosikal itu disita untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Zulkifly berkata, operasi itu turut menahan seorang lelaki yang cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya sebelum ujian saringan air kencing mendedahkan dia positif dadah.

"Lelaki berusia 20-an itu memberi pelbagai alasan ketika ditahan namun selepas ujian saringan yang dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mendapati dia positif ganja," katanya.

Mengulas lanjut, Zulkifly berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan terhadap 7,691 kenderaan pada Op Khas Perayaan Tahun Baharu Cina bagi tempoh antara 1 hingga 7 Februari lalu, di seluruh negeri ini.

Katanya, sebanyak 1,175 kenderaan telah diambil tindakan dan 2,221 notis saman dikeluarkan, manakala 108 kenderaan disita selepas melakukan pelbagai kesalahan jalan raya.



Disiarkan pada: Februari 9, 2024 @ 10:14am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kanye West hilang!
BicaraHatikuKanye West hilang!
Views : 6638 Replies : 9
Imran Bard mohon maaf hasilkan ‘content’ berunsurkan LGBT - "Tuduhan itu adalah sesuatu yang sangat berat"
RalineImran Bard mohon maaf hasilkan ‘content
Views : 3068 Replies : 6
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 202634 Replies : 7527
Zazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak, sama nasib macam Cakra Khan
RalineZazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak
Views : 30567 Replies : 16
Wanita bengang- adik ipar rakam dan sebar video anak pakai lampin tak berpakaian
RalineWanita bengang- adik ipar rakam dan seba
Views : 29548 Replies : 1
Kastam bingung KLIA 'laluan panas' seludup haiwan liar
RalineKastam bingung KLIA 'laluan panas
Views : 30644 Replies : 19
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 120005 Replies : 5128
Bekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa kemuka nama asnaf tak layak terima zakat
RalineBekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa
Views : 36494 Replies : 14
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 4918 Replies : 6
Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat Dunia Maut Kemalangan
^CUN_GILA~.Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat D
Views : 29591 Replies : 39

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.266217 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list