CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1904|Reply: 0

[Sabah] MoU SOGDC, FVSB penglibatan kerjasama dalam perkhidmatan O&M

[Copy link]
Post time 8-2-2024 09:31 PM | Show all posts |Read mode


MoU: Harun (kanan) mewakili SOGDC manakala FVSB diwakili Stephen (kiri) samasa menandatangani MoU sambil disaksikan Masidi.

KOTA KINABALU: Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Kemajuan Minyak dan Gas Sabah (SOGDC) dan FPSO Ventures Sdn. Bhd (FVSB) menjadi wadah penglibatan kerjasama dan penggabungan sumber dalam penyediaan perkhidmatan Operasi dan Penyelenggaraan (O&M) kepada bakal pelanggan dalam Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

Pengerusi SOGDC, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan berkata, FVSB adalah syarikat berpengalaman yang menjalankan perkhidmatan dan inisiatif O&M untuk sistem terapung luar pesisir di sekitar rantau Asia Tenggara sejak 2003 manakala SOGDC ialah syarikat milik penuh kerajaan Sabah untuk menerajui pembangunan SOGIP.

“Kolaborasi antara SOGDC dan FVSB adalah kerjasama yang amat digalakkan dan diperlukan dalam mempertingkatkan rangka kerja pengurusan SOGIP selaras dengan visi SOGDC untuk menjadi sebuah taman perindustrian minyak dan gas yang terpilih dan terulung di Asia Pasifik.

“Perkhidmatan berkemahiran tinggi O&M dalam industri minyak dan gas dengan kerjasama FPSO Ventures sebagai syarikat berpengalaman dalam menyediakan perkhidmatan O&M mampu memenuhi keperluan pelanggan berpotensi di SOGIP disamping membantu mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor perindustrian di Sabah.

“Kita harapkan kerjasama ini memberikan hasil berharga dan mewujudkan peluang baharu untuk pertumbuhan dan pembangunan di Sabah,” katanya semasa berucap pada Majlis MoU antara SOGDC dan FVSB di sini.

Sementara itu, Menteri Kewangan Sabah merangkap Pengerusi SMJ Energy Sdn Bhd Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kerjasama ini akan memberi sumbangan besar ke arah membina dan meningkatkan keupayaan penduduk tempatan Sabah dalam menyediakan perkhidmatan khusus O&M dalam minyak dan industri gas di Sabah.

“Sebagai Menteri Kewangan Sabah, saya teruja dengan prospek perkongsian yang bertindak sebagai pemangkin untuk merancakkan pertumbuhan sektor perindustrian dan pembangunan ekonomi di negeri ini.

“Pada masa yang sama, kerjasama ini juga bertindak sebagai pemangkin dalam merancakkan pertumbuhan sektor perindustrian dan pembangunan ekonomi di Sabah secara keseluruhan,” katanya semasa menyaksikan Majlis MoU terbabit.

Menurutnya, visi yang dinyatakan Abdul Rahman menekankan kepentingan kerjasama ini dalam menambah baik pengurusan rangka kerja SOGIP  untuk menyediakan perkhidmatan yang sangat khusus.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif SOGDC, Datuk Harun Ismail berkata kerjasama dengan FVSB sebagai syarikat berpengalaman dalam sektor O&M akan menambah nilai kepada SOGIP disamping membantu mewujudkan peluang pekerjaan dan pembangunan dalam sektor perindustrian di Sabah.

Ketua Pegawai Operasi FVSB, Kapten Stephen Sivaneswaren juga memaklumkan FVSB berbesar hati untuk bekerjasama dengan SOGDC berbekalkan pengalaman 20 tahun dalam sektor O&M.

“Kami ingin melengkapkan aspirasi negara dalam membina tenaga kerja yang berkebolehan dan cekap untuk memenuhi keperluan industri bergerak ke hadapan,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.069098 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list