CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1940|Reply: 0

[Sabah] Kunjungan hormat bina hubungan baik Kelab Rekreasi Pacuan Empat Roda Penampang, PDRM

[Copy link]
Post time 8-2-2024 09:28 PM | Show all posts |Read mode


KUNJUNGAN: Sammy merakamkan gambar kenangan bersama Kelab Rekreasi Pacuan Empat Roda Penampang.

PENAMPANG: Kunjungan hormat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang bertujuan membina hubungan baik antara Kelab Rekreasi Pacuan Empat Roda Penampang dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Presiden Kelab Rekreasi Pacuan Empat Roda Penampang Alex Leong berkata, selain mengeratkan hubungan silaturahim, kunjungan ini juga bagi merealisasikan slogan PDRM iaitu "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada".

“Sesi ini juga adalah salah satu inisiatif  untuk merangka  program-program amal (CSR) dengan IPD Penampang dalam menyalurkan bantuan kepada keluarga yang kurang berkemampuan di kawasan pedalaman,” katanya semasa kunjungan berkenaan yang dihadiri anggota dan exco Kelab Rekreasi Pacuan Empat Roda Penampang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang Superintendant Sammy Newton turut mengucapkan terima kasih dengan peranan dan komitmen kelab ini yang banyak membantu dalam kesiapsiagaan menghadapi misi mencari dan menyelamat (SAR) khususnya semasa musim banjir di daerah ini.

Sammy juga menyarankan agar anak muda menceburi bidang sukan lasak seperti ini dan menitikberatkan ahli kelab mahupun masyarakat setempat agar menghindari kegiatan penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.185097 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list