CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1943|Reply: 0

[Sabah] Jangan takut tegakkan kebenaran

[Copy link]
Post time 8-2-2024 09:26 PM | Show all posts |Read mode


CENDERAHATI: Masiung menerima cenderahati dari Willy Frous diperhatikan Fairuz (kanan).

KOTA KINABALU: Kepimpinan belia Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) diingatkan supaya tidak takut seperti 'tikus basah' dalam menegakkan sesuatu kebenaran.

Naib Presiden Gagasan Rakyat Datuk Masiung Banah menegaskan perkara itu kepada pimpinan Pemuda dan Beliawanis parti itu yang memilih berdiam diri, tetapi tidak bangkit menangkis fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada presiden dan parti terbabit.

Masiung berkata, rakyat di luar mungkin percaya dengan tohmahan pembangkang sekiranya pemimpin Gagasan Rakyat sendiri tidak menjelaskan perkara yang betul.

“Untuk apa anda mengaku sebagai pejuang muda tetapi 'menikus' apabila ada orang mencerca presiden dan parti.

"Gagasan Rakyat adalah rumah kita, jangan biarkan pencacai bebas keluar masuk mengotorkan bilik dan ruang tamu kita.

"Jangan sekali-kali benarkan sekiranya ada pemimpin yang cuba menabur pasir dalam menu yang sudah kita adun,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Takwim Tahunan dan Retreat anjuran Pergerakan Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat Kuamut di Pusat Peranginan Bukit Kokol di sini.

Turut hadir, Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Datuk Fairuz Renddan; Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Kuamut Willy Frous Darinsok dan Ketua Beliawanis Siti Khalidah Mahalil.

Masiung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut berkata, terdapat beberapa pihak pembangkang yang terdesak mahu berkuasa sehingga menimbulkan isu yang kurang tepat.

“Saya mahu agar pemimpin muda bangkit sebagai pahlawan dan membela maruah parti dan Presiden Gagasan Rakyat Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang sering dipersenda di media sosial.

“Gagasan Rakyat juga mempunyai saluran media yang boleh menyuarakan hak dan kepentingan parti,” katanya.

Pemimpin yang terkenal dengan slogan 'Tatap Kalaga' itu berkata, tiga sayap utama Gagasan Rakyat iaitu Pemuda, Wanita dan Beliawanis adalah gerak gempur parti yang perlu tampil menegakkan perjuangan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.071003 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list