CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2022|Reply: 0

[Sabah] Polis tahan suami isteri, tumpaskan kegiatan jual beli senapang angin

[Copy link]
Post time 7-2-2024 10:01 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Suspek wanita menunjukkan senapang angin, peluru, minuman keras dan rokok di rumahnya di Nabawan.

KOTA KINABALU: Polis menahan dua individu yang juga suami isteri seterusnya menumpaskan kegiatan menjual senapang angin, peluru dan minuman keras serta rokok tidak bercukai dalam dua serbuan di Nabawan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sabah, Senior Asisten Komisioner Azmi Abd Rahim berkata, suspek wanita berumur 40 tahun ditahan dalam satu serbuan di rumah tidak bernombor di Kampung Lima Lumintok manakala suaminya berumur 33 tahun pula ditahan di kedai runcit di Kampung Sarikan Jalan Tawau - Keningau, Nabawan.

Menurutnya, serbuan Op Laras dan Op Kontraban terbabit dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) dan Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

“Serbuan dijalankan secara serentak di dua lokasi berasingan selepas suspek dipercayai menjalankan aktiviti menjual senjata api dan barang-barang tiada cukai Kastam.

"Hasil serbuan terbabit berjaya merampas enam senapang angin pelbagai jenama.

"Turut dirampas ratusan peluru pelbagai jenis dan beberapa peralatan senapang angin," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut pasukan serbuan menemukan pelbagai minuman keras dan rokok yang tidak bercukai.

"Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai kira-kira RM60,000.

"Polis masih meneruskan siasatan termasuk mengenal pasti sumber utama senapang angin milik suami isteri warga tempatan terbabit," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api dan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.318855 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list