CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2011|Reply: 0

[Sabah] UPKO tidak tuntut 73 kerusi seperti GRS

[Copy link]
Post time 7-2-2024 09:59 PM | Show all posts |Read mode


FELIX

KOTA KINABALU: Parti-parti politik berhak untuk mencadangkan atau menuntut kerusi yang mahu ditandingi kerana ia perkara yang menjadi lumrah setiap kali menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) atau negeri.

Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Felix Joseph Saang berkata, gesaan pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) agar UPKO menghentikan tuntutan adalah sangat menghairankan.

Beliau yang juga Ketua Bahagian UPKO Beluran tidak faham dan pelik dengan gesaan itu kerana UPKO adalah parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan bukannya parti komponen pihak lain.

"Ironinya, komponen parti GRS sendiri membuat kenyataan terbuka untuk bertanding 73 kerusi dan mengapa kenyataan ini tidak dikritik oleh pemimpin GRS.

"UPKO adalah parti komponen PH dan juga PH Sabah itu sendiri tidak pernah menuntut 73 kerusi seperti yang apa dituntut oleh pemimpin GRS," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, apa yang pasti, mana-mana parti berhak untuk bersuara dan pemimpin GRS tidak seharusnya mengkritik apabila UPKO bersuara soal kerusi untuk ditandingi.

Felix berkata, perlu diingatkan PH Sabah memainkan peranan yang sangat kritikal agar kerajaan GRS tidak tumbang dan dapat bertahan apabila ada usaha untuk menjatuhkannya sebelum ini.

Katanya, mereka tidak perlu membuat kritikan sekiranya ada pihak lain yang menyuarakan pandangan dan istilah ‘abang besar’ sudah tidak boleh diguna pakai dalam kancah politik hari ini.

"Kita suburkan amalan demokrasi yang sihat dan kita seharusnya mempunyai sikap yang terbuka untuk mendengar pandangan dan cadangan semua pihak," katanya.

Dalam pada itu, Felix turut menyokong penuh cadangan Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick, agar pembahagian kerusi antara parti yang bekerjasama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang haruslah sesuatu yang segar dan baharu.

Katanya, ia bagi mengelakkan ‘budaya’ menuntut kerusi lama untuk memastikan pengagihan kerusi lebih adil antara semua parti komponen yang bekerjasama pada PRN akan datang.

“Pemuda mahu agar UPKO bertanding lebih daripada jumlah kerusi yang ditandingi pada PRN yang lalu selain terus kekal utuh bersama PH," jelasnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.622331 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list