CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2055|Reply: 0

[Sabah] UPKO berhak suarakan hasrat tanding lebih banyak kerusi

[Copy link]
Post time 7-2-2024 09:56 PM | Show all posts |Read mode


NELSON

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berhak menyatakan hasrat parti itu untuk bertanding lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Setiausaha Agung UPKO Datuk Nelson W Angang berkata, semua parti politik pastinya mahu perkara yang sama walaupun belum menyatakannya.

"Presiden UPKO Datuk Ewon menyatakan pandangan dan cadangannya kepada mana-mana pihak atau gabungan politik yang mungkin berfikir untuk bekerjasama dengan UPKO dan Pakatan Harapan (PH).

"Sekurang-kurangnya UPKO jujur ​​dan menjelaskan niatnya. Senario politik semasa dalam negara dan Sabah sesuatu yang sangat baharu dan unik di mana kita mempunyai Kerajaan Perpaduan.

"Pendekatan baharu dan segar perlu dibuat sekiranya terdapat hasrat parti lain untuk membentuk gabungan pada PRN akan datang,” katanya dalam kenyataan media di sini semalam.

Nelson berkata, keikhlasan membentuk sebuah kerjasama atau gabungan politik datang daripada kejujuran bakal rakan kongsinya.

Beliau berkata, jika ada pihak yang masih berpegang kepada pemikiran lama satu pihak boleh mendominasi dan membuat keputusan bersendirian tanpa mengendahkan pandangan pihak lain dalam kerjasama atau gabungan, maka bersedialah untuk menghadapi kepupusan.

"Memang benar UPKO hanya memenangi satu daripada 12 kerusi yang ditandingi dalam PRN Sabah yang lalu yang mana kita menentang Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).

"Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak wujud ketika itu. Ramai meramalkan ia akan menjadi pengakhiran bagi UPKO," jelasnya.

Katanya, UPKO memenangi dua kerusi Parlimen bersama PH pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu adalah sesuatu yang ramai tidak percaya mampu dilakukan oleh parti itu.

Namun jelasnya, ada yang melihat pencapaian berkenaan hasil kebijaksanaan kepimpinan UPKO dalam membuat suatu keputusan untuk memilih rakan kongsi yang tepat dan menjadi sebahagian daripada PH.

"Jika ada pihak tidak menghormati satu parti dalam gabungan seperti PH, maka anda tidak menghormati parti lain dalam gabungan ini.

"Presiden UPKO tepat dalam mencadangkan pendekatan baharu dan segar dalam rundingan kerusi dalam kalangan rakan gabungan yang berpotensi.

"Jika ada sebilangan yang tidak bersetuju dengan cadangan itu dan merasakan mereka lebih baik, anda boleh membuat keputusan untuk sama ada memilih pasangan lain atau pergi sendiri dan bertanding di semua kerusi. Lagipun ini adalah demokrasi,” katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.071790 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list